Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei MatePad Pro: Maklumat tempahan awal dan penjualannya di Malaysia

Selain telefon pintar siri P40, Huawei Malaysia turut mengumumkan ketibaan tablet berkuasa tingginya, MatePad Pro. Tablet ini merupakan pesaing kepada tablet Apple iPad Pro, terutama sekali apabila digandingkan dengan papan kekunci pintar dan pensel stailus.

MatePad Pro yang tiba di Malaysia ini hanya memiliki sambungan WiFi, tiada rangkaian mudah alih LTE mahupun 5G. Ia dijual pada harga RM2,399 yang datang bersama RAM 8GB dan storan 256GB.

Huawei Malaysia juga membuka tempahan awal untuk MatePad Pro, dari 3 hingga 10 April 2020 di Stor Online Huawei dan Stor Huawei Lazada. Pembeli awal dalam tempoh ini akan turut menerima hadiah percuma berupa papan kekunci pintar (bernilai RM499) dan M-Pencil (bernilai RM299), serta storan awan 50GB (12 bulan), langganan Huawei Video Premium selama 3 bulan dan langganan WPS Office Premium selama 3 bulan.

Mereka yang mahu membeli tablet MatePad Pro perlu ambil maklum berkenaan ketiadaaan aplikasi dan perkhidmatan Google di dalamnya, akibat sekatan Amerika yang masih belum ditarik. Tablet ini menggunakan Huawei Mobile Services (HMS) dengan stor aplikasi Huawei AppGallery.

Menurut Huawei, kebanyakan aplikasi popular yang sering digunakan di Malaysia sudah ada di dalam AppGallery seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Netflix, Viu serta aplikasi perbankan.

Jika belum mengenalinya, Huawei MatePad Pro memiliki skrin sebear 10.8-inci IPS dengan resolusi 2560×1600. Skrin ini memiliki lubang untuk memuatkan kamera 8MP di dalamnya. Kuasa tablet ini digerakkan oleh cip Kirin 990 bersama RAM LPDDR4x 8GB dan storan UFS 3.0 256GB. Storan tambahan boleh dibuat menggunakan kad memori NM.

Sebagai peranti multimedia, tablet ini dilengkapi empat pembesar suara Harmon Kardon. Terdapat juga 5 mikrofon padanya yang menawarkan fungsi penyaring hingar serta kamera 13MP di belakang.

BACA  Google Opinion Rewards beri ganjaran dengan menjawab soalan mudah

Tenaga bateri ini disalur dari bateri berkapasiti 7,250mAh yang menyokong pengecasan pantas 20W menerusi USB-C. MatePad Pro juga adalah tablet pertama yang menyokong pengecasan wayarles 15W serta pengecasan wayarles terbalik 7.5W.

Huawei turut memasang beberapa fungsi khas pada tablet ini seperti App Multiplier yang membolehkan aplikasi yang sama dijalankan dalam dua tingkap berbeza. Huawei Share pula membenarkan fungsi pelbagai skrin bersama peranti Huawei yang serasi, di samping penghantaran fail antara keduanya dengan pantas dan mudah.

Tablet ini boleh berfungsi seperti komputer dengan menggunakan papan kekunci, serta permukaan melakar bersama M-Pencil. Sebagai tambahan, aplikasi Huawei MEETime adalah perisian yang bukan sahaja boleh membuat panggilan video, tetapi berkongsi skrin untuk kerja bersama menggunakan rangkaian WiFi dan LTE. Tetapi ia memerlukan kenalan turut memiliki perisian MEETime juga.

Kepada yang berminat untuk membeli tablet MatePad Pro, boleh mendapatkannya sekarang di Stor Online Huawei dan Lazada. Ketahu lebih lagi mengenai tablet ini menerusi laman produk Huawei MatePad Pro.