Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Siri Huawei P40: Maklumat tempahan awal dan penjualannya di Malaysia

Huawei Malaysia telah melancarkan siri Huawei P40 di Malaysia dengan membariskan ketiga-tiga model dalam pelancaran ini. Tiga model tersebut ialah Huawei P40, Huawei P40 Pro dan Huawei P40 Pro+. Menariknya, semua telefon ini menyokong rangkaian 5G.

Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Huawei P40 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,799
  • Huawei P40 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,899
  • Huawei P40 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM4,999

Walaupun harganya telah diumumkan, hanya Huawei P40 dan P40 Pro yang akan dijual di Malaysia bulan ini. P40 Pro+ akan mula dijual sekitar bulan Jun 2020.

Tempahan awal untuk Huawei P40 dan P40 Pro dibuka dari 3 hingga 10 April dan penghantaran akan dibuat bermula 11 April 2020. Banyak hadiah percuma disediakan untuk tempahan awal dalam tempoh ini iaitu:

Huawei P40 – FreeBuds 3, Case Pengecas Wayarles, Jaminan tambahan tahun kedua, Storan awan 50GB (12 bulan), 3 bulan Huawei Video Premium

Huawei P40 Pro – FreeBuds 3, Pengecas Kereta Wayarles SuperCharge, Jaminan tambahan tahun kedua, Storan awan 50GB (12 bulan), 3 bulan Huawei Video Premium

Kepada yang berminat, tempahan awal boleh dibuat di Stor Online Huawei, Stor Huawei Lazada, Celcom, Senheng dan Senq. Jualan terbuka pula akan bermula pada 11 April 2020.

Tiada Playstore, ada AppGallery

Mereka yang mahu membeli siri Huawei P40 ini, perlu ambil maklum beberapa perkara sebelum membeli. Terutama sekali ketiadaaan aplikasi dan perkhidmatan Google di dalamnya, akibat sekatan Amerika yang masih belum ditarik.

Siri Huawei P40 menggunakan Huawei Mobile Services (HMS) dengan stor aplikasi Huawei AppGallery. Menurut Huawei, kebanyakan aplikasi popular yang sering digunakan di Malaysia sudah ada di dalam AppGallery seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Netflix serta aplikasi perbankan.

BACA  Joompa, aplikasi jumpa jodoh mensasarkan Muslim di Asia Tenggara

Huawei Video Premium

Huawei Video pula adalah platform penstriman video yang dibina khas untuk pengguna Huawei. Sebagai pengenalan, Huawei memberikan akses premium selama 3 bulan percuma untuk pembeli siri P40 dan sebulan percuma untuk semua peranti Huawei lain bagi menyokong Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Maklumat lanjut mengenai tempahan awal dan jualan siri P40 boleh dirujuk di sini.

Huawei P40 dan P40 Pro adalah dua peranti yang ada banyak perbezaan. Persamaannya ialah pada penggunaan pemproses Kirin 990 5G dan RAM 8GB, tetapi storan berbeza iaitu 128GB (P40) dan 256GB (P40 Pro). Kedua-duanya menyokong dwi kad sim dalam slot hibrid, bersama kad memori NM.

P40 memiliki skrin OLED sebesar 6.1-inci HD Penuh bersama refresh rate 60Hz. Bateri di dalamnya 3,800mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 22.5W sahaja. Ia memiliki tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP F1.9, kamera ultra lebar 16MP F2.2 dan kamera telefoto 8MP F2.4. Kamera hadapan pula 32MP F2.0 bersama kamera inframerah.

P40 Pro pula ada skrin OLED 6.58-inci HD penuh+ dengan refresh rate 90Hz. Baterinya 4,200mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W serta pengecas wayarles 27W. Ia juga kalis air dan debu IP68. Terdapat empat kamera di belakang P40 Pro iaitu kamera utama 50MP F1.9, kamera ultralebar 40MP F1.8, kamera telefoto 12MP F3.4 dan kamera pengesan kedalaman 3D. Kamera hadapannya 32MP F2.2 bersama kamera pengesan kedalaman.

Kenali lebih lanjut tentang Huawei P40 Pro bersama Hanif menerusi video di bawah ini: