• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 13 akan datang dengan komunikasi satelit

  • OLEH Najib
  • 2:34 pm
  • 30/08/2021
  • Komen
iPhone 13 akan datang dengan komunikasi satelit
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dijangka akan melancarkan barisan model baru iPhone 13 pada bulan September. Tetapi satu berita menggemparkan telah dikongsi oleh penganalisa pasaran Apple, Ming-Chi Kuo yang sering mendapat berita dalaman awal tentang syarikat gergasi teknologi itu.

Menurut Kuo, iPhone 13 akan dilengkapi fungsi yang membolehkan panggilan dan SMS dibuat walaupun tiada liputan 4G atau 5G di kawasan tersebut. Ia dijayakan melalui sambungan ke satelit orbit rendah bumi atau dikenali sebagai satelit LEO (Low Earth Orbit).



Dalam nota pelabur oleh Kuo, iPhone 13 akan dipasang dengan modem Qualcomm X60 yang diubahsuai untuk menyokong komunikasi satelit LEO. Bagaimanapun, ia perlu diaktifkan menerusi fungsi khas perisian. Pengeluar telefon lain didapati mahu menunggu ketibaan cip Qualcomm X65 pada tahun 2022, bagi menambah fungsi satelit.

Kuo menambah, komunikasi melalui satelit LEO dijangka memberi impak besar sama seperti 5G mmWave dan Apple mahu mempergunakan kedua-dua teknologi itu di peranti mereka. Apple sangat yakin tentang trend komunikasi satelit dan telah mengumpulkan pasukan khas untuk kajian dan pembangunan berkaitan teknologi ini tidak lama dahulu.



Sambungan internet satelit LEO telah dipopularkan oleh syarikat Elon Musk iaitu SpaceX Starlink. Bagaimanapun, Apple dijangka bekerjsama dengan syarikat Globalstar untuk menyediakan liputan perkhidmatan ini. Qualcomm juga dikhabarkan telah bekerjasama dengan Globalstar untuk menyokong jalur n53 di dalam modem X65 mereka akan datang.

Kuo juga memberi satu teori tentang sokongan satelit. Pengguna iPhone 13 boleh menikmati sambungan satelit lebih mudah jika syarikat telekomunikasi bekerjasama terus dengan Globalstar. Secara teori, ia boleh menjimatkan kos pengguna daripada membayar lebih atau mengikat kontrak dengan Globalstar untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Memang menarik bunyinya, tetapi ia juga mungkin terhad untuk kegunaan perkhidmatan Apple sahaja, seperti iMessage dan FaceTime apabila pengguna tiada liputan 4G dan 5G.

Kuo turut menyatakan, Apple merancang untuk melengkapi teknologi satelit ke dalam lebih banyak produk dan peranti. Ia mungkin termasuk fon kepala realiti bergabung, kereta elektrik dan lain-lain aksesori Internet of Things (IoT).

[Sumber: Gizmodo, MacRumors]

Tags: appleApple iphone 13
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
iPhone 13 akan datang dengan komunikasi satelit

iPhone 13 akan datang dengan komunikasi satelit

30 August 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER