• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

FamilyMart Mini, cara mudah beli makanan & minuman guna mesin gedegang

  • OLEH Najib
  • 4:57 pm
  • 02/09/2021
  • Komen
FamilyMart Mini, cara mudah beli makanan & minuman guna mesin gedegang
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Family Mart pasti lebih gembira kerana hari ini, Family Mart mengumumkan kedatangan warung pintar FamilyMart Mini. Ia menyediakan pelbagai snek, makanan dan minuman istimewa Family Mart di dalam mesin gedegang.

Mesin gedegang atau mesin layan diri FamilyMart Mini yang pertama ini terdapat di Shell Lebuhraya Karak 2. Ia menyediakan makanan yang disediakan segar dan dihantar setiap hari, seperti onigiri, sandwich, kek, puding dan banyak lagi, yang sering terdapat di cawangan Family Mart.



Pembayaran juga sangat mudah kerana tidak perlukan sentuhan. Mesin ini menerima bayaran tanpa tunai, menggunakan kad debit, kad kredit dan eWallet. Dari pelekat yang ditampal di mesin, ia menerima eWallet Grabpay, Boost, Touch n Go eWallet dan Maybank QRpay.

Family Mart turut menyatakan bahawa mereka akan membawa FamilyMart ke lebih banyak lokasi lain tidak lama lagi. Langkah ini pasti akan dituruti kedai runcit atau kedai makan segera lain.



  • Pilih
  • Bayar
  • Ambil

Apa yang lebih penting adalah orang ramai tidak menyalahgunakan, merosak atau melakukan perkara buruk terhadap mesin ini. Barulah senang hati Family Mart untuk letak mesin gedegang di lebih banyak tempat.

Di Jepun, negara asal Family Mart, mesin gedegang digunakan secara meluas dan tidak terhad kepada menjual air atau makanan sahaja. Ia turut menjual permainan, alat elektrik, pakaian, dan bermacam perkara yang boleh dimuatkan di dalamnya.

Mesin gedegang menjual telur segar (sumber)

[Sumber: Family Mart]

Tags: familymartFamilyMart Mini
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
FamilyMart Mini, cara mudah beli makanan & minuman guna mesin gedegang

FamilyMart Mini, cara mudah beli makanan & minuman guna mesin gedegang

2 September 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN