• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S21 FE tidak akan ada pengecas dan slot kad mikroSD

  • OLEH Najib
  • 1:08 pm
  • 06/09/2021
  • Komen
Galaxy S21 FE tidak akan ada pengecas dan slot kad mikroSD
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Samsung yang mahukan telefon pintar premium dengan harga murah, telah disajikan dengan edisi peminat atau Galaxy S20 Fan Edition (FE) tahun lepas. Samsung dijangka akan mengeluarkan model kemaskini, Galaxy S21 FE tidak lama lagi tetapi ada khabar yang kurang menarik mengenainya.

Laman Sammobile telah mendapat salinan buku panduan atau manual untuk Galaxy S21 FE. Selain menunjukkan rupa sebenar telefon, ia juga menyenaraikan beberapa maklumat penting yang ada tentang telefon tersebut. Serta maklumat tentang perkara yang tiada.



Dalam manual ini, tidak disebut tentang adanya slot kad mikroSD di Galaxy S21 FE. Untuk perbandingan, Galaxy S20 FE masih datang dengan slot kad mikroSD sehingga 1 TB di dalam slot hibrid. Tetapi perkara ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana siri Galaxy S21 yang dilancarkan awal tahun ini, turut tidak memiliki sokongan kad mikroSD.

Selain itu, slot kad SIM di dalam manual ini hanya ada satu untuk memuatkan kad SIM bersaiz nano. Perkara ini biasa di Eropah dan kita di Malaysia, sering dihidangkan dengan versi dwi-kad sim nano.



Manual ini juga menunjukkan bahawa Galaxy S21 FE tiada jek audio 3.5mm, ia kalis air dan debu IP68, serta menyokong pengecasan wayarles dan pengecasan wayarles terbalik, seperti gambar di bawah.

Dalam laporan lain, Samsung dikatakan tidak akan meletakkan kepala pengecas di dalam kotak Galaxy S21 FE. Pemilik perlu menggunakan pengecas lama mereka, atau membeli pengecas USB-C yang menyokong teknologi Power Delivery 25W untuk kuasa mengecas tertinggi. Dijangkakan, kabel USB-C ke USB-C akan diberikan di dalam kotak, sama seperti di siri Galaxy S21 lain.

Dilaporkan juga, Galaxy S21 FE akan datang dalam dua jenis SoC, iaitu Snapdragon 888 dan Exynos 2100. Samsung dikhabarkan akan melancarkan Galaxy S21 FE pada akhir bulan Oktober 2021. Tempahan awal akan dibuka pada 20 Oktober dan Galaxy S21 FE mula dijual pada 29 Oktober.

Untuk rujukan, Samsung melancarkan Galaxy S20 FE 5G tahun lepas pada harga RM3,399 dengan storan 256GB. Kemudian mereka melancarkan versi 4G LTE dengan storan 128GB pada harga RM2,699. Kita mungkin dapat melihat Galaxy S21 FE pada harga yang hampir serupa.

[Sumber: Sammobile, FPT]

Tags: Galaxy S21 FEsamsungSamsung Galaxy S21 FE
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy S21 FE tidak akan ada pengecas dan slot kad mikroSD

Galaxy S21 FE tidak akan ada pengecas dan slot kad mikroSD

6 September 2021
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN