• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple umum acara pada 14 September, dijangka pelancaran iPhone 13

  • OLEH Najib
  • 1:11 am
  • 08/09/2021
  • Komen
Apple umum acara  pada 14 September, dijangka pelancaran iPhone 13
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengeluarkan jemputan kepada media untuk menghadiri satu acara mereka yang akan berlangsung pada 14 September 2021. Membawakan tema ‘California Streaming‘, ia akan mula bersiaran secara maya dari Apple Park, pukul 1 petang ET, bersamaan 1 pagi, 15 September 2021 waktu Malaysia.

Kebiasaannya, Apple akan melancarkan telefon pintar iPhone terbaru pada bulan September. Dijangkakan, siri iPhone 13 akan diperkenalkan dalam acara ini.



Bagaimanapun, dari gambar jemputan yang diberikan, agak sukar untuk menterjemah petunjuk yang tersembunyi jika ada. Logo Apple yang berlampu, mungkin membawa erti naik taraf kamera untuk tangkapan malam, atau merujuk kepada fungsi skrin sentiasa hidup atau ‘always on display, AOD’.

Tetapi ada petunjuk lain yang dikongsi oleh Greg Joswiak, Naib Presiden Kanan Apple. Dia memuat naik video iklan yang membawa kepada gambar iklan yang sama tetapi dibawa naik sedikit ke langit. Ini mungkin bermaksud kebolehan menangkap gambar angkasa atau bulan, yang dipopularkan oleh Huawei dan diikuti banyak pengeluar lain.



https://twitter.com/gregjoz/status/1435272731746979840

Atau ada kaitan dengan komunikasi satelit?

Cakap-cakap dari penganalisa pasaran menyatakan bahawa iPhone 13 masih datang dalam beberapa saiz, dengan kadar penyegaran skrin melebihi 60Hz dan takuk dahi lebih kecil. Apple juga dijangka akan mengumumkan tarikh rasmi iOS 15 dilepaskan kepada umum.

Adakah Apple akan memberi kejutan besar dalam acara ini? Nantikan laporan kami pada waktu majlis ini diadakan nanti.

[Sumber: The Verge]

Tags: appleApple iphone 13iphone 13
Najib

Najib

POPULAR

Apple umum acara  pada 14 September, dijangka pelancaran iPhone 13

Apple umum acara pada 14 September, dijangka pelancaran iPhone 13

8 September 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN