• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

Pawagam akan dibuka mulai 9 September kepada individu yang lengkap vaksin

  • OLEH Najib
  • 10:45 am
  • 08/09/2021
  • Komen
Pawagam akan dibuka mulai 9 September kepada individu yang lengkap vaksin
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kelonggaran sekatan akan diberikan kepada industri kreatif. Ia termasuk persembahan langsung dan pembukaan pawagam.

Untuk menonton wayang di pawagam, kebenaran diberikan bermula hari Khamis, 9 September 2021 dengan mematuhi SOP yang ketat. Kelonggaran ini untuk negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).



Dalam kenyaatan PM, pawagam boleh beroperasi dengan 50% kapasiti kerusi, serta untuk indiviu yang telah melengkapkan vaksin sahaja.

Selain pawagam, persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi juga dibenarkan beroperasi. Tetapi ia terhad kepada 30% kapasiti penonton di ruang premis, serta untuk individu yang telah lengkap vaksin sahaja. Penggambaran di dalam dan luar studio turut diberi kebenaran, juga untuk individu yang telah lengkap vaksin. Bagi di dalam studio, hanya 30% kapasiti penonton dibenarkan.



Bagi aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni, SOP yang sama dikenakan iaitu 30% kapasiti dan lengkap vaksin, serta perlu membuat temu janji. Persembahan di ruang istirahat (lounge) hotel dan busking dalam bangunan, juga dibenarkan.

Sudah pasti perkara ini disambut baik, terutama oleh pengusaha pawagam. GSC Cinemas telah memaklumkan bahawa mereka akan mengumumkan pembukaan tidak lama lagi, untuk menayangkan filem baru.

Some movies are meant to be seen on the big screen. Get ready to go #BacktoGSC, reopening soon!

P/S: Trust me, movie title below is just the tip of the iceberg. Stay tuned for more! 🍿🤟 pic.twitter.com/g3IG7yaNDb

— GSC (@GSCinemas) September 7, 2021

TGV Cinemas turut gembira dengan keputusan ini dan menyenaraikan filem yang bakal ditayangkan seperti Black Widow, The Suicide Squad, Fast and Furios 9 serta Dont Breathe 2.

Ingatkan dah tak dapat layan filem-filem ni dekat pawagam dah. Sabar jap. #TGVisBack #TontondiTGV
#BlackWidow #TheSuicideSquad #Fast9 #DontBreathe2 pic.twitter.com/e6TrxthZVJ

— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) September 7, 2021

Untuk rujukan, maksud vaksin yang lengkap adalah 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac. Manakala vaksin 1 dos iaitu CanSino dan Johnson & Johnson, dikira lengkap selepas 28 hari disuntik vaksin.

Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Pawagam akan dibuka mulai 9 September kepada individu yang lengkap vaksin

Pawagam akan dibuka mulai 9 September kepada individu yang lengkap vaksin

8 September 2021
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER