Kumpulan Lazada telah menganjurkan edisi kedua LazMall Brands Future Forum (BFF) 2021 di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre, Singapura pada 1 September 2021, secara hibrid dengan penyertaan peserta fizikal dan juga maya dari seluruh rantau.
Dengan tema Rising to the Future: Southeast Asia’s Digital Commerce (Bangkit Demi Masa Depan: Perdagangan Digital Asia Tenggara), barisan pegawai eksekutif dari Lazada berkongsi tentang pertumbuhan LazMall dan komitmen berterusannya untuk membantu rakan-rakan jenama berkembang maju. Berbekalkan infrastruktur dan keupayaan eDagang Lazada dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi dan penyelesaian pemasaran digital, strategi yang khusus boleh disusun untuk menambah baik pengurusan kitaran pelanggan dalam usaha menyediakan pengalaman beli-belah dalam talian yang lebih baik.

Chun Li, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Lazada dalam ucapan alu-aluannya, menekankan bagaimana inovasi, kreativiti, teknologi terkini dan pengalaman pengguna luar biasa terus merombak persekitaran eDagang, lantas menghasilkan penghijrahan ketara ke dalam talian terutamanya dengan 70% daripada penduduk Asia Tenggara kini menggunakan Internet.
Platform Lazada kini mempunyai lebih daripada 110 juta pengguna aktif tahunan, dan transaksi dalam talian telah meningkat 100% berbanding tahun terdahulu. Dalam tempoh tiga tahun, LazMall telah berkembang maju untuk menempatkan lebih daripada 32,000 jenama tempatan dan antarabangsa dengan kumpulan pelanggan berkualiti tinggi yang sanggup berbelanja lebih untuk membeli daripada jenama-jenama terkenal kegemaran mereka serta meninjau jenama-jenama baharu di platform.
Pembeli baharu di saluran LazMall meningkat hampir 1x ganda secara tahunan, dan nilai pembelian pelanggan LazMall adalah 2x lebih tinggi berbanding pembeli biasa di platform Lazada. Dengan tahap kepercayaan dan keyakinan pengguna yang semakin meningkat terhadap platform ini, LazMall Prestige telah dilancarkan untuk menawarkan pilihan produk premium di seluruh rantau, termasuk jenama terkenal seperti Bacha Coffee, Bang and Olufsen, Coach, La Mer, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi.
Anugerah BFF 2021
Lazada turut meraikan kecemerlangan rakan niaga LazMall dengan anugerah khas sebagai penghormatan atas usaha mereka dalam pelbagai aspek seperti ketangkasan untuk menyesuaikan strategi perniagaan dalam dunia perdagangan yang sentiasa berubah dan juga kreativiti berterusan untuk mencari cara-cara yang menyeronokkan dan interaktif untuk menambah baik pengalaman beli-belah pelanggan.
Barisan anugerah yang disediakan dan pemenangnya adalah seperti berikut:
- Jenama Terbaik LazMall – The Estée Lauder Company
- Perkongsian Jenama Terbaik – Samsung
- Pelancaran Jenama Baharu Terbaik – Nike
- Bintang Meningkat Naik LazMall – Coach
- Pelancaran Produk Baharu Terbaik – Lancôme for Lancôme Advanced Génifique Youth Activating Concentrate
- Kecemerlangan Pemasaran LazMall – Shiseido Group
- Kecemerlangan Inovasi LazMall – Starbucks
- Rakan Niaga Lazada – Synagie
- Penggunaan Terbaik Penyelesaian Ditaja Lazada – L’Oréal Consumer Products Division