• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung, Nike & Loreal antara penerima anugerah di Lazada LazMall BFF 2021

  • OLEH Najib
  • 11:26 am
  • 09/09/2021
  • Komen
Samsung, Nike & Loreal antara penerima anugerah di Lazada LazMall BFF 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan Lazada telah menganjurkan edisi kedua LazMall Brands Future Forum (BFF) 2021 di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre, Singapura pada 1 September 2021, secara hibrid dengan penyertaan peserta fizikal dan juga maya dari seluruh rantau.

Dengan tema Rising to the Future: Southeast Asia’s Digital Commerce (Bangkit Demi Masa Depan: Perdagangan Digital Asia Tenggara), barisan pegawai eksekutif dari Lazada berkongsi tentang pertumbuhan LazMall dan komitmen berterusannya untuk membantu rakan-rakan jenama berkembang maju. Berbekalkan infrastruktur dan keupayaan eDagang Lazada dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi dan penyelesaian pemasaran digital, strategi yang khusus boleh disusun untuk menambah baik pengurusan kitaran pelanggan dalam usaha menyediakan pengalaman beli-belah dalam talian yang lebih baik.



Chun Li, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Lazada

Chun Li, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Lazada dalam ucapan alu-aluannya, menekankan bagaimana inovasi, kreativiti, teknologi terkini dan pengalaman pengguna luar biasa terus merombak persekitaran eDagang, lantas menghasilkan penghijrahan ketara ke dalam talian terutamanya dengan 70% daripada penduduk Asia Tenggara kini menggunakan Internet.

Platform Lazada kini mempunyai lebih daripada 110 juta pengguna aktif tahunan, dan transaksi dalam talian telah meningkat 100% berbanding tahun terdahulu. Dalam tempoh tiga tahun, LazMall telah berkembang maju untuk menempatkan lebih daripada 32,000 jenama tempatan dan antarabangsa dengan kumpulan pelanggan berkualiti tinggi yang sanggup berbelanja lebih untuk membeli daripada jenama-jenama terkenal kegemaran mereka serta meninjau jenama-jenama baharu di platform.



Pembeli baharu di saluran LazMall meningkat hampir 1x ganda secara tahunan, dan nilai pembelian pelanggan LazMall adalah 2x lebih tinggi berbanding pembeli biasa di platform Lazada. Dengan tahap kepercayaan dan keyakinan pengguna yang semakin meningkat terhadap platform ini, LazMall Prestige telah dilancarkan untuk menawarkan pilihan produk premium di seluruh rantau, termasuk jenama terkenal seperti Bacha Coffee, Bang and Olufsen, Coach, La Mer, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi.

Anugerah BFF 2021

Lazada turut meraikan kecemerlangan rakan niaga LazMall dengan anugerah khas sebagai penghormatan atas usaha mereka dalam pelbagai aspek seperti ketangkasan untuk menyesuaikan strategi perniagaan dalam dunia perdagangan yang sentiasa berubah dan juga kreativiti berterusan untuk mencari cara-cara yang menyeronokkan dan interaktif untuk menambah baik pengalaman beli-belah pelanggan.

  • Perkongsian Jenama Terbaik – Samsung
  • Jenama Terbaik LazMall – The Estée Lauder Company
  • Pelancaran Jenama Baharu Terbaik – Nike

Barisan anugerah yang disediakan dan pemenangnya adalah seperti berikut:

  1. Jenama Terbaik LazMall – The Estée Lauder Company
  2. Perkongsian Jenama Terbaik – Samsung
  3. Pelancaran Jenama Baharu Terbaik – Nike
  4. Bintang Meningkat Naik LazMall – Coach
  5. Pelancaran Produk Baharu Terbaik – Lancôme for Lancôme Advanced Génifique Youth Activating Concentrate
  6. Kecemerlangan Pemasaran LazMall – Shiseido Group
  7. Kecemerlangan Inovasi LazMall – Starbucks
  8. Rakan Niaga Lazada – Synagie
  9. Penggunaan Terbaik Penyelesaian Ditaja Lazada – L’Oréal Consumer Products Division

Tags: LazadaLazMall
Najib

Najib

POPULAR

Samsung, Nike & Loreal antara penerima anugerah di Lazada LazMall BFF 2021

Samsung, Nike & Loreal antara penerima anugerah di Lazada LazMall BFF 2021

9 September 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN