• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pos Malaysia hasilkan setem edisi khas Barisan Hadapan Covid-19 dengan lakaran petugas

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:39 pm
  • 09/09/2021
  • Komen
Pos Malaysia hasilkan setem edisi khas Barisan Hadapan Covid-19 dengan lakaran petugas
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan bulan Kebangsaan, Pos Malaysia memberi penghormatan kepada barisan hadapan Malaysia dengan melancarkan set setem edisi khas untuk meraikan keberanian, komitmen dan kesetiaan mereka kepada negara. Setem edisi khas ini direka oleh Red Hong Yi, seorang pelukis kontemporari Malaysia yang juga dikenali sebagai, pelukis yang melukis tanpa berus.

Setem tersebut direka secara eksklusif dalam bentuk sketch. Satu set mempunyai empat setem bertemakan Barisan Hadapan Covid-19. Ia menampilkan barisan hadapan dari Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Setem edisi khas ini melalui teknik pencetakan khas menggunakan dakwat merah yang tidak kelihatan. Ia akan memperlihatkan gambar virus Covid-19 ketika dilihat di bawah sinar UV.



Harga jualan setem Barisan Hadapan Covid-19

Pelancaran edisi khas ini merangkumi 20,000 Sampul Surat Hari Pertama (FDC), pelanggan boleh dapatkan FDC dengan setem pada harga RM6.50. Pemungut setem boleh membatalkan setem mereka di FDC dengan tanda pembatalan yang memaparkan gambar Covid-19.

Ada juga disediakan 1,800 keping folder untuk edisi ini dan ia boleh dibeli dengan harga RM6.00 untuk sehelai. Set lengkap pula boleh didapati pada harga RM36.50. Nilai muka bagi setiap setem adalah RM1.50. Satu lembaran setem mempunyai 16 keping setem, ia boleh didapati pada harga RM24.00 untuk sehelai lembaran.



Jika anda berminat, semua set ini tersedia untuk dibeli bermula hari Khamis, 9 September 2021 di laman web Pos Malaysia, 13 cawangan pejabat Pos Am Malaysia dan pejabat pos yang terpilih di seluruh negara. Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai setem dan produk lain, anda boleh hubungi unit unit Setem dan Filateliti Pos Malaysia melalui telefon di talian 03-2267 2267 sambungan 2000, atau e-mel pertanyaan anda ke [email protected].

Tags: pos malaysia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pos Malaysia hasilkan setem edisi khas Barisan Hadapan Covid-19 dengan lakaran petugas

Pos Malaysia hasilkan setem edisi khas Barisan Hadapan Covid-19 dengan lakaran petugas

9 September 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER