• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter uji label akaun bot, pembaca akan mudah mengesannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:38 pm
  • 10/09/2021
  • Komen
Twitter uji label akaun bot, pembaca akan mudah mengesannya
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter baru saja mengumumkan bahawa mereka melancarkan label untuk akaun bot, yang menghasilkan tweet automatik. Ciri ini pada mulanya akan diberikan kepada sebilangan kecil pembangun. Dengannya, mereka boleh cuba aktifkan label pada akaun bot masing-masing.

Contoh akaun bot di Twitter yang mungkin anda akan lihat ialah, akaun berkaitan berita cuaca tempatan. Akaun seperti ini telah diprogramkan untuk melakukan tindakan, seperti tweet pada waktu yang dijadualkan. Akaun bot digunakan untuk berkongsi maklumat yang relevan kepada pengguna lain. Apabila ada label ini, pengguna akan mudah mengetahui bahawa Tweet itu dihasilkan dari akaun bot.



Untuk akaun yang melalui ujian ciri ini, selepas ciri label diaktifkan, label Automated akan muncul di halaman utama profil. Label itu akan ada di bawah nama pengguna, atas bio. Tweet yang dihasilkan juga akan ada label yang sama di bawah nama akaun. Jadi, apabila ia lalu di halaman utama Twitter, dengan jelas anda akan dapat mengesannya.

What's a bot and what's not? We're making it easier to identify #GoodBots and their automated Tweets with new labels.

Starting today, we’re testing these labels to give you more context about who you're interacting with on Twitter. pic.twitter.com/gnN5jVU3pp

— Support (@Support) September 9, 2021

Selain daripada label akaun bot, Twitter juga sedang mengusahakan label untuk memperingati individu yang telah meninggal dunia. Tidak diketahui bagaimana ianya akan berfungsi, tetapi ia dijadual akan tersedia pada tahun ini.



[Sumber: TheVerge]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Twitter uji label akaun bot, pembaca akan mudah mengesannya

Twitter uji label akaun bot, pembaca akan mudah mengesannya

10 September 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN