Sebagai langkah membuka semula sektor pelancongan, Langkawi telah dipilih sebagai destinasi di bawah program gelembung perjalanan. Dalam masa yang sama, AirAsia ada sediakan pelbagai tawaran kepada indivu yang ingin berkunjung ke lokasi itu.
Melalui aplikasi AirAsia, pengunjug boleh menempah kenderaan untuk ke lapangan terbang dan lokasi sekitar Langkawi, menempah tiket penerbangan dan penginapan di Langkawi serta membeli-belah produk bebas cukai.
Sebagai permulaan, AirAsia Malaysia akan memulakan semula penerbangan ke Langkawi dan dari Langkawi dengan keseluruhan 90 penerbangan seminggu. Dari Kuala Lumpur 63 kali seminggu, Pulau Pinang 14 kali seminggu, Johor Bahru 7 kali seminggu, Ipoh 3 kali seminggu dan Kota Bharu 3 kali seminggu.
Selain itu, aplikasi AirAsia juga ada menawarkan perkhidmatan e-panggilan (e-hailing), iaitu AirAsia Ride. Ia akan mula beroperasi di Langkawi pada 16 September 2021. AirAsia Ride ini boleh ditempah pada ikon ‘Ride’ di Aplikasi AirAsia atau melalui laman sesawang AirAsia.
Promosi khas untuk pelancongan ke Langkawi
Berikut merupakan 4 kategori promosi yang sedang berjalan dan disediakan khas untuk pelancongan ke Langkawi. Anda boleh membelinya melalui aplikasi AirAsia:
1. Penerbangan
Terbang ke Langkawi dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bharu dengan tambang serendah RM12 sehala. Tawaran ini dibuka dari sekarang sehingga 19 September 2021 dan perjalanan dari 16 September 2021, hingga 26 Mac 2022.
2. SNAP
Di bawah SNAP, pelanggan boleh menikmati kombo penerbangan dua hala dan penginapan 3 hari 2 malam daripada RM99 untuk seorang, di hotel bertaraf 4-5 bintang di Langkawi. Tawaran terhad ini bermula dari 9 September untuk tempoh perjalanan antara 16 September sehingga 31 Disember 2021.
3. Hotel
Bagi penumpang yang pilih untuk menempah lokasi penginapan berasingan. Anda boleh nikmati diskaun tambahan 10% di semua hotel di Langkawi. Masukkan kod promosi VAX8TION10 pada ikon hotel di aplikasi AirAsia. Kod promosi ini boleh digunakan sehingga 19 September 2021 untuk perjalanan dari 16 September 2021 sehingga 31 Disember 2021.
4. AirAsia Ride
Bagi kawasan Lembah Klang, anda boleh menempah AirAsia Ride untuk ke lapangan terbang dengan nilai terendah di pasaran daripada RM55 sehala. Masukkan kod promosi RIDE55 untuk menikmati promosi ini. Ia sah sehingga 30 September 2021. Dapatkan diskaun RM5 untuk maksimum dua perjalanan yang ditempah di dalam Langkawi, dengan menggunakan AirAsia Ride. Gunakan kod promosi LANGKAWI5 untuk menebusnya.
Untuk penerbangan ke Langkawi ini, penumpang diminta untuk memuat naik sijil vaksinasi digital yang sudah lengkap semasa mendaftar masuk (self checking), sama ada melalui aplikasi Airasia atau laman web Airasia. Kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dibenarkan melakukan perjalanan, tetapi perlu bersama dengan ibu bapa atau penjaga mereka yang sudah lengkap divaksinasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran penerbangan ke Langkawi, anda boleh bacanya di sini. Untuk SOP perjalanan penerbangan ke Langkawi, anda boleh lihat di sini.
[Sumber: AirAsia]