• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Kemaskini iPhone dan iPad ke versi 14.8 sekarang untuk elak digodam Pegasus

  • OLEH Najib
  • 12:25 pm
  • 14/09/2021
  • Komen
Kemaskini iPhone dan iPad ke versi 14.8 sekarang untuk elak digodam Pegasus
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna produk Apple seperti iPhone, Apple Watch dan Mac, dinasihatkan untuk mengemaskini sistem operasi peranti mereka dengan segera. Bagi iPhone dan iPad, kemaskini versi 14.8 akan menampal kerentanan keselamatan yang terdapat di iMessage, yang boleh diceroboh oleh perisian intip (spyware) Pegasus.

Cara memuat turun kemaskini

Untuk memuat turun dan memasang kemaskini 14.8 di iPhone dan iPad, pergi ke Settings > General > Software Update. Saiz fail kurang dari 400MB dan ia memerlukan sambungan WiFi untuk dimuat turun.



Bagi Apple Watch pula, muat turun watchOS 7.6.2 dengan melancarkan aplikasi Watch di iPhone. Kemudian pergi ke General > Software Update. iPhone mesti bersambung ke WiFi dan Apple Watch harus memiliki bateri melebihi 50% untuk memasang kemaskini.

Bagi komputer Mac, anda dinasihatkan untuk mengemaskini macOS Big Sur 11.6. Caranya, tekan pada menu Apple di sudut atas skrin, pergi ke Systems Preferences > Software Updates dan pilih Update Now.



Spyware Pegasus

Pepijat ini telah ini dilaporkan oleh Citizen Lab di mana ia menemui peranti aktivis Arab Saudi telah dijangkiti perisian intip Pegasus, oleh NSO Group. Ia boleh menceroboh kerentanan yang terdapat di iMessage dan menyerang peranti iOS, MacOS dan WatchOS. Malah, pencerobohan boleh dibuat tanpa sebarang aktiviti pengguna.

The Citizen Lab disclosed the vulnerability and code to Apple, which has assigned the FORCEDENTRY vulnerability CVE-2021-30860 and describes the vulnerability as “processing a maliciously crafted PDF may lead to arbitrary code execution.”

— Citizen Lab (@citizenlab) September 13, 2021

Menurut laman keselamatan Apple, ia menyatakan bahawa masalah keselamatan ini membenarkan proses mencipta PDF yang seterusnya menjalankan kod arahan merbahaya. Apple telah sedia maklum bahawa masalah ini mungkin telah disalahgunakan secara berleluasa.

Washington Post melaporkan, Pegasus adalah perisian intip bertaraf ketenteraan, dilesenkan oleh syarikat Israel kepada kerajaan untuk menjejak pengganas dan penjenayah. Bagaimanapun, ia telah digunakan untuk menceroboh 37 peranti milik wartawan, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan, dan individu yang rapat dengan wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi.

[Sumber: 9to5mac, CitizenLab]

Tags: appleApple iPadapple iphoneApple Macapple watchiOSPegasusSpyware
Najib

Najib

POPULAR

Kemaskini iPhone dan iPad ke versi 14.8 sekarang untuk elak digodam Pegasus

Kemaskini iPhone dan iPad ke versi 14.8 sekarang untuk elak digodam Pegasus

14 September 2021
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN