• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad gen-9 dikuasakan Enjin Neural kini ada True Tone dan Center Stage

  • OLEH Najib
  • 3:07 am
  • 15/09/2021
  • Komen
iPad gen-9 dikuasakan Enjin Neural kini ada True Tone dan Center Stage
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini memulakan pentas pelancaran mereka di Apple Park, dengan memperkenal iPad baru generasi ke-9. Ia dinaiktaraf dengan beberapa ciri yang sebelum ini hanya terdapat di iPad Pro.

Sudah pasti, prestasinya dipertingkat menggunakan cip lebih berkuasa, A13 Bionic dengan Enjin Neural. Ia memberikan peningkatan prestasi sehingga 20% berbanding model sebelumnya. Apple juga kini menawarkan iPad baru ini dengan storan paling kecil digandakan kepada 64GB.



Kamera masih ada dua sahaja, iaitu kamera 12MP di depan dan kamera 12MP di belakang. Tetapi dengan kuasa Enjin Neural, ia kini dilengkapi Center Stage, fungsi yang terdapat di iPad Pro sahaja sebelum ini. Ini membolehkan muka pengguna sentiasa di tengah dan dalam fokus semasa panggilan video seperti FaceTime, walaupun sering bergerak.

Paparan iPad ini masih sama besar, berukuran 10.2-inci Retina Display. Tetapi ditambah ciri True Tone yang mengubah kecerahan skrin secara automatik mengikut suasana sekitar.



Apple juga menambah sokongan aksesori untuk iPad gen-9, seperti Apple Pencil gen-1 dan Smart keyboard.

Apple akan menyediakan iPad gen-9 dengan sistem operasi terbaru iPadOS 15. Dengan kuasa Enjin Neural, ia memperkasa banyak fungsi baru di iPadOS 15 seperti penterjemah automatik, pengesan tulisan Live Text dan banyak lagi.

Usaha Apple dalam menjaga kelestarian alam diteruskan di iPad gen-9 dengan menggunakan 100% aluminium yang dikitar semula untuk badannya, 100% timah dikitar semula untuk litar, dan 100% unsur nadir bumi untuk magnet di dalamnya.

Apple iPad gen-9 akan datang dalam dua pilihan warna, kelabu dan perak. Ia akan mula dijual di pasaran terpilih termasuk Amerika Syarikat pada 24 September 2021, dengan harga bermula dari USD329 untuk model WiFi 64GB, dan bermula dari USD459 bagi model LTE 64GB.

Tags: appleApple iPad
Najib

Najib

POPULAR

iPad gen-9 dikuasakan Enjin Neural kini ada True Tone dan Center Stage

iPad gen-9 dikuasakan Enjin Neural kini ada True Tone dan Center Stage

15 September 2021
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN