• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Mini baru lebih pantas dengan 5G, USB-C dan cip A15 Bionic

  • OLEH Najib
  • 3:20 am
  • 15/09/2021
  • Komen
iPad Mini baru lebih pantas dengan 5G, USB-C dan cip A15 Bionic
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti tidak salah untuk menyatakan bahawa iPad mini yang baru dilancarkan hari ini, adalah iPad Pro mini. Boleh dikatakan iPad mini kini memiliki banyak ciri-ciri seperti iPad Pro, di dalam badan yang kekal kecil.

Untuk prestasi, iPad mini baru menggunakan cip A15 Bionic, masih lebih berkuasa dari iPad gen-9. Tetapi ini membolehkan ia menyokong WiFi 6, serta rangkaian 5G untuk model selular.



Walaupun dengan saiz badan yang sama, iPad mini ini memiliki saiz paparan Liquid Retina lebih luas, berukuran 8.3-inci. Ini keranya bingkainya lebih kecil, tetapi masih memiliki pengimbas capjari Touch ID yang kini digabungkan dengan butang kuasa.

Sistem bunyi juga dinaik taraf dengan pembesar suara stereo yang terletak di atas dan bawah skrin.



Sokongan Apple Pencil gen-2 ditambah ke iPad mini dan ia boleh dilekat secara magnetik di sisi, yang turut berfungsi sebagai pengecas.

Sambungan berwayar telah diubah kepada USB-C sama seperti iPad Pro. Ini membolehkan ia dihubungkan dengan lebih banyak perkakas yang menggunakan USB-C.

Bagi kamera, iPad mini dilengkapi kamera belakang 12MP baru, dengan Focus Pixel dan apertur lebih besar. Kamera hadapan juga 12MP, kini lebih luas dengan sokongan Center Stage.

Sama seperti iPad gen-9, iPad mini baru jni juga menggunakan 100% aluminium, timah dan unsur nadir bumi yang dikitar semula. Ia juga dilengkapi sistem operasi iPadOS 15 terbaru.

Apple iPad mini akan datang dalam empat pilihan warna menarik iaitu merah jambu, kuning, ungu dan kelabu. Ia akan mula dijual di pasaran terpilih termasuk Amerika Syarikat pada 24 September 2021, dengan harga bermula dari USD499 untuk model WiFi 64GB, dan bermula dari USD649 bagi model 5G 64GB.

Tags: appleApple iPad mini
Najib

Najib

POPULAR

iPad Mini baru lebih pantas dengan 5G, USB-C dan cip A15 Bionic

iPad Mini baru lebih pantas dengan 5G, USB-C dan cip A15 Bionic

15 September 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN