• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 13 dan iPhone 13 mini kekal harga lama tapi storan diganda

  • OLEH Najib
  • 6:36 am
  • 15/09/2021
  • Komen
iPhone 13 dan iPhone 13 mini kekal harga lama tapi storan diganda
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti tahun lepas, Apple melancarkan iPhone 13 dan iPhone 13 mini yang memiliki fungsi dan perkakas yang sama, tetapi berbeza hanya pada skrin dan saiz bateri. Kedua-dua model ini dikuasakan oleh cip baru A15 Bionic dengan beberapa naik taraf.

Badan iPhone 13 masih menggunakan bingkai aluminium, dengan saiz skrin OLED berukuran 6.1-inci dan 5.4-inci untuk iPhone 13 mini. Ia juga mengekalkan pengiktirafan kalis air dan debu IP68.



Perkara baru di iPhone 13 sebenarnya boleh dilihat dengan ketara. Di hadapan, takuk di dahi menjadi lebih kecil, memuatkan kamera TrueDepth 12MP yang turut digunakan untuk pengecaman wajah Face ID.

Skrinnya dinaik taraf, digelar Super Retina XDR OLED, memiliki kecerahan setinggi 800nits. Tetapi ia masih dengan kadar penyegaran 60Hz.



Di belakang juga sangat berbeza. Walaupun masih menggunakan dwi kamera 12MP, susunan kamera kini senget tidak lagi tegak. Lebih baik lagi, Apple memuatkan teknologi ‘sensor-shift’ untuk penstabil kamera OIS yang dulunya hanya ada di iPhone 12 Pro Max.

Untuk hayat bateri, Apple menyatakan mereka telah memuatkan bateri lebih besar. Bagi iPhone 13, ia ada hayat bateri 2.5 jam lebih panjang berbanding iPhone 12. Di iPhone 13 mini pula, baterinya 1.5 jam lebih lama daripada iPhone 12 mini.

Mengecas masih sama, menggunakan sambungan berwayar lightning dan secara wayarles dengan sokongan MagSafe. Kepala pengecas tidak diberikan di dalam kotak.

Apple menyediakan warna baru untuk iPhone 13 dan iPhone 13 mini, iaitu merah jambu, biru, hitam, kuning dan merah. Storan paling kecil kini ditetapkan pda 128GB, tidak lagi 64GB. Diikuti dengan storan 256GB dan 512GB.

Tetapi Apple mengekalkan harga permulaan yang sama dengan storan digandakan iaitu USD699 untuk iPhone 13 mini 128GB dan USD799 bagi iPhone 13 128GB. Ia akan mula dijual di pasaran terpilih termasuk Amerika Syarikat, mulai 24 September 2021.

Tags: appleApple iphone 13Apple iPhone 13 mini
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
iPhone 13 dan iPhone 13 mini kekal harga lama tapi storan diganda

iPhone 13 dan iPhone 13 mini kekal harga lama tapi storan diganda

15 September 2021
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER