• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dilengkapi skrin 120hz dan bateri tahan lebih lama

  • OLEH Najib
  • 7:22 am
  • 15/09/2021
  • Komen
iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dilengkapi skrin 120hz dan bateri tahan lebih lama
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping melancarkan iPhone 13 dan iPhone 13 mini, Apple turut memperkenal dua lagi model telefon pintar mereka yang paling berkuasa, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Kedua-dua model ini memiliki prestasi lebih hebat, dengan perbezaan pada saiz skrin dan kapasiti bateri.

Apple memasang pemproses berkuasa tinggi terbaru mereka, A15 Bionic ke dalam siri iPhone 13 Pro ini. Selain kuasa memproses, grafik dan enjin neural lebih hebat, ia hadir bersama sokongan 5G dan WiFi 6. Telefon ini juga boleh menggunakan dua e-SIM serentak.



Naik taraf di skrin yang pastinya ditunggu-tunggu adalah sokongan kadar penyegaran melebihi 60hz. Skrin OLED Super Retina XDR dengan ProMotion dipasang pada siri iPhone 13 Pro, memberikannya kadar penyegaran adaptif dari 10hz sehingga 120hz, pertama kali ada untuk iPhone.

Ukuran skrin masih tidak berubah. iPhone 13 Pro memiliki skrin berukuran 6.1-inci manakala iPhone 13 Pro Max dengan skrin 6.7-inci. Skrin ini dilindungi kaca Ceramic Shield yang menurut Apple, paling tahan lasak untuk telefon pintar.



Takuk di dahi skrin juga telah dikecilkan 20% berbanding sebelumnya, memuatkan kamera hadapan TruDepth 12MP dengan fungsi pengecaman wajah Face ID. Telefon ini juga kalis air dan debu IP68.

Sistem kamera turut dipertingkat. Masih menggunakan tiga kamera belakang, ia kini dilengkapi kamera lebar 12MP F1.5, kamera ultra lebar F1.8 dan kamera telefoto 12MP F2.8 dengan 3x zum optikal.

Apple menyatakan, mereka memasang bateri lebih besar untuk siri iPhone 13 Pro ini. Ini memberi hayat lebih lama berbanding siri iPhone 12 Pro, iaitu 1.5 jam lebih panjang di iPhone 13 Pro dan 2.5 jam lebih lama di iPhone 13 Pro Max.

Kuasa dan cara mengecas tidak berubah, menggunakan sambungan berwayar Lightning dengan kuasa sehingga 20W, wayarles sehingga 10W serta MagSafe sehingga 15W. Bagaimanapun, kepala pengecas tidak disertakan, perlu dibeli berasingan.

Apple menyediakan empat warna baharu untuk barisan iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, iaitu kelabu, perak, emas dan biru. Pilihan storan bermula dari 128GB dan kini ditawarkan dengan storan terbesar 1TB.

Demi kelestarian alam, penghasilan iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max menggunakan 100% bahan kitar semula seperti timah, tungsten, emas dan unsur nadir bumi. Apple juga tidak lagi menggunakan bungkusan plastik untuk kotak. Jadi jangan pula terkejut iPhone 13 Pro baru anda tiada plastik di luar. Bulan sebab ia sudah dibuka ya.

Tags: appleApple iPhone 13 Proapple iphone 13 pro max
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dilengkapi skrin 120hz dan bateri tahan lebih lama

iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dilengkapi skrin 120hz dan bateri tahan lebih lama

15 September 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER