• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Annuar Musa umum Pakej Remaja 20GB RM30 dan Peranti Keluarga hanya RM40 sebulan

  • OLEH Najib
  • 11:48 am
  • 17/09/2021
  • Komen
Annuar Musa umum Pakej Remaja 20GB RM30 dan Peranti Keluarga hanya RM40 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang baru, Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan ‘Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia‘. Ia menawarkan data mudah alih untuk remaja dan pelajar yang lebih mampu milik untuk membantu mereka berhubung ke internet.

Pakej ini akan disediakan oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat dan mereka yang layak, akan dapat mendaftar pakej ini pada pertengahan bulan Oktober nanti.



Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Dalam kenyataan tersebut, belia hanya perlu membayar RM30 untuk menerima 20GB data yang sah selama 3 bulan. Data pakej prabayar ini boleh digunakan untuk semua perkara, tanpa ada sekatan penggunaan.

Selain itu, pengguna masih boleh menikmati data 1GB percuma setiap hari, berjumlah 90GB selama 3 bulan. Data ini khusus untuk penggunaan aplikasi produktiviti sahaja, seperti yang telah sedia ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.



Turut dinyatakan adalah pengguna akan menerima data asas tanpa had, tetapi ia masih belum dijelaskan apakah yang dihadkan. Ia mungkin merujuk kepada sekatan kelajuan selepas kuota data habis digunakan.

Pelan 20GB RM30 ini terbuka kepada belia dan pelajar berusia 21 tahun ke bawah, termasuk penuntut berusia 21 tahun ke atas. Kad pengenalan atau kad pelajar diperlukan untuk pengesahan semasa pendaftaran pelan.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Bagi memastikan peranti 4G boleh dimiliki oleh lebih ramai keluarga, KKMM turut mengumumkan pakej peranti di bawah ‘Pakej Peranti Keluarga Malaysia’. Dengannya, rakyat Malaysia boleh memiliki atau menaik taraf kepada peranti 4G yang dilengkapi VoLTE secara percuma, dengan komitmen bulanan hanya RM40/bulan.

Walaupun dalam kenyataan tersebut menjelaskan ia berharga RM60/bulan, SKMM memaklumkan kami bahawa ia sebenarnya hanya RM40/bulan.

Pakej peranti ini akan diikat bersama kontrak selama 12-bulan atau 24-bulan, bergantung kepada peranti dan pelan yang ditawarkan. Pakej ini turut datang bersama data 1GB percuma setiap hari, untuk aplikasi produktiviti.

Setiap individu yang layak, boleh mendaftar sehingga 2 pakej menggunakan nombor kad pengenalan yang sama.

Pakej peranti ini akan ditawarkan selama 6 bulan, bermula dari 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022. Maklumat lanjut mengenainya masih belum dijelaskan, tetapi dijangka syarikat telekomunikasi yang berkenaan, akan memperkenal pakej dan pelan mereka sebelum pertengahan bulan Oktober nanti.

[Sumber: KKMM]

Tags: Annuar MusaPakej RemajaSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Annuar Musa umum Pakej Remaja 20GB RM30 dan Peranti Keluarga hanya RM40 sebulan

Annuar Musa umum Pakej Remaja 20GB RM30 dan Peranti Keluarga hanya RM40 sebulan

17 September 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN