• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Pad 5 dilancar global, tablet berkuasa tinggi dengan skrin 2K dan sokongan Smart Pen

  • OLEH Najib
  • 2:10 pm
  • 17/09/2021
  • Komen
Xiaomi Pad 5 dilancar global, tablet berkuasa tinggi dengan skrin 2K dan sokongan Smart Pen
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah melancarkan tablet terbaru paling berkuasa mereka, Xiaomi Pad 5 ke pasaran antarabangsa. Tetapi hanya versi biasa, tiada versi Pro diumumkan. Jadi, hanya China ada dijual versi Pro yang dikuasakan cip Snapdragon 870 yang lebih perkasa.

Banyak naik taraf diberikan kepada Xiaomi Pad 5 berbanding model sebelumnya, menjadikannya sebuah peranti produktiviti yang sangat membantu. Ia boleh dilihat apabila Xiaomi menggunakan sistem operasi khusus tablet, MIUI for Pad. Ini membantu menggunakan perisian lebih berkesan untuk skrin besar, mirip iPadOS.



Di samping itu, Xiaomi turut memperkenal aksesori Xiaomi Smart Pen. Ia adalah pen stailus dengan 4,096 tahap tekanan dan 240hz kadar sentuhan, memberikan sentuhan yang tajam dan jitu di skrin. Pengguna boleh menggunakannya untuk menulis dan melakar lukisan di Pad 5. Stailus ini dimaklumkan akan dijual berasingan.

Prestasi tinggi boleh dijangka pada Xiaomi Pad 5 kerana ia dikuasakan oleh cip flagship Qualcomm Snadpragon 860. Bersamanya adalah RAM LPDDR4X 6GB dan storan UF 3.1 sehingga 256GB.



Tenaga pula disalurkan daripada bateri berkapasiti 8,720mAh, memberi hayat yang panjang untuk digunakan. Kuasa mengecas pula disokong sehingga 33W dan kepala pengecas turut diberikan di dalam kotak.

Skrin LCD yang cantik turut terdapat pada Xiaomi Pad 5. Berukuran 11-inci dengan resolusi 2K WQHD+ (2560×1600), ia turut memiliki kadar penyegaran setinggi 120Hz dan menyokong teknologi Dolby Vision.

Prestasi tinggi ini ditambah lagi dengan empat speaker stereo di kiri dan kanan, disokong teknologi Dolby Atmos.

Kamera pula ada dua di tablet ini iaitu kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP. Kamera hadapannya terletak di atas bingkai, menjadikan skrin bersaiz penuh tanpa takuk dan lubang.

Tidak dimaklumkan pula sokongan internet mudah alih. Jika spesifikasinya sama seperti di China, Xiaomi Pad 5 hanya ada versi WiFi, tiada sokongan LTE dan 5G. Malah, format WiFi hanya sehingga 802.11ac, bukannya WiFi 6.

Harga jualan

Dalam pengumuman ini, Xiaomi mengumumkan harga jualannya di Eropah. Masih belum diketahui bilakah ia akan dijual di Malaysia. Berikut adalah harga Xiaomi Pad 5:

Xiaomi Pad 5 (RAM 6GB + Storan 128GB) – EUR349 (~RM1,711)
Xiaomi Pad 5 (RAM 6GB + Storan 256GB) – EUR399 (~RM1,957)

Hanya ada dua warna disediakan untuk Xiaomi Pad 5 versi antarabangsa, iaitu putih dan hitam. Untuk mengenali lebih lanjut, layari laman produk Xiaomi Pad 5.

Tags: xiaomiXiaomi Pad 5
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Xiaomi Pad 5 dilancar global, tablet berkuasa tinggi dengan skrin 2K dan sokongan Smart Pen

Xiaomi Pad 5 dilancar global, tablet berkuasa tinggi dengan skrin 2K dan sokongan Smart Pen

17 September 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN