• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 15 dan iPadOS 15 sedia dimuat turun sekarang

  • OLEH Najib
  • 10:19 am
  • 21/09/2021
  • Komen
iOS 15 dan iPadOS 15 sedia dimuat turun sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Apple kini telah melepaskan sistem operasi mudah alih terbaru mereka, iOS 15 untuk iPhone dan iPadOS 15 untuk tablet iPad. Ia boleh dimuat turun secara percuma mulai hari ini.

Jika anda tidak menerima notis mengenainya, anda boleh memuat turun secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update dan pilih download iOS 15. Saiz muat turun untuk iOS 15 adalah 3.12GB di iPhone 12 dan anda perlu memastikan bateri mencukupi atau mengecas ketika mahu memulakan muat turun.



Sebagai rujukan, iOS 15 boleh dipasang sehingga model paling lama iPhone 6s, termasuk iPhone SE gen-1 dan iPod Touch gen-7. Bagi iPadOS 15 pula, ia boleh dipasang kepada semua tablet yang menerima iPadOS 14, dengan model paling tua seperti iPad gen-5, iPad Air gen-2, dan iPad mini gen-4.

Antara kemaskini baharu yang ada di iOS 15 adalah seperti FaceTime dengan Share Play, serta iMessage, mod DND serta notifikasi dikemaskini. Aplikasi Photo dan Camera pula menerima tambahan fungsi pengecaman teks dan penterjemahan masa nyata.



iPadOS 15 turut menerima kemaskini yang hampir serupa dengan iOS 15 seperti fungsi pengecaman teks dan penterjemahan masa nyata. Ciri lain yang baru padanya adalah widget di muka utama, antaramuka notifikasi baru, dan pelayar Safari yang menyokong web extensions.

Senarai penuh peranti yang boleh memasang iOS 15:

  1. iPhone 12
  2. iPhone 12 mini
  3. iPhone 12 Pro
  4. iPhone 12 Pro Max
  5. iPhone 11
  6. iPhone 11 Pro
  7. iPhone 11 Pro Max
  8. iPhone Xs
  9. iPhone Xs Max
  10. iPhone XR
  11. iPhone X
  12. iPhone 8
  13. iPhone 8 Plus
  14. iPhone 7
  15. iPhone 7 Plus
  16. iPhone 6s
  17. iPhone 6s Plus
  18. iPhone SE 1st gen
  19. iPhone SE 2nd gen
  20. iPod Touch 7th gen

Senarai penuh peranti yang boleh memasang iPadOS 15:

  1. iPad Pro 12.9 5th gen
  2. iPad Pro 11 3rd gen
  3. iPad Pro 12.9 4th gen
  4. iPad Pro 11 2nd gen
  5. iPad Pro 12.9 3rd gen
  6. iPad Pro 11 1st gen
  7. iPad Pro 12.9(2nd gen
  8. iPad Pro 10.5 2nd gen
  9. iPad Pro 12.9 1st gen
  10. iPad Pro 9.7 1st gen
  11. iPad Air 4th gen
  12. iPad Air 3rd gen
  13. iPad Air 2nd gen
  14. iPad Mini 5th gen
  15. iPad Mini 4th gen
  16. iPad 8th gen
  17. iPad 7th gen
  18. iPad 6th gen
  19. iPad 5th gen
Tags: appleApple iOSApple iPad OSApple iPadOS 15
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
iOS 15 dan iPadOS 15 sedia dimuat turun sekarang

iOS 15 dan iPadOS 15 sedia dimuat turun sekarang

21 September 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER