• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Super Chat & Super Stickers, cara baru jana wang di Youtube

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:39 pm
  • 21/09/2021
  • Komen
Super Chat & Super Stickers, cara baru jana wang di Youtube
Share on FacebookShare on Twitter

Youtube telah memperkenalkan dua ciri baru untuk membantu para pencipta kandungan Youtube di Malaysia, menjana pendapatan selain melalui iklan. Ciri tersebut ialah Super Chat dan Super Stickers. Ia boleh digunakan di ruang live chat (sembang langsung) ketika anda sedang bersiaran langsung.

Super Chat

Super Chat boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Melalui Super Chat, komen penonton akan dipinkan pada bahagian atas dalam ruang live chat.



Berdasarkan gif di bawah, dapat dilihat ada pelbagai harga dan warna Super Chat. Harga Super Chat adalah berdasarkan tempoh masa komen dipinkan, ia bergantung kepada kehendak penonton. Jika mahu komen atau soalan dipin dalam masa yang lama, maka harganya adalah lebih mahal. Setiap komen Super Chat boleh dipinkan sehingga 5 jam. Selain itu, warna Super Chat pula bergantung kepada jumlah wang yang penonton bayar.

Super Stickers

Selain Super Chat, penonton juga boleh beli Super Stickers semasa siaran langsung atau tayangan perdana. Super Stickers adalah imej digital atau beranimasi yang membolehkan penonton mengucapkan tahniah, menyatakan sokongan atau menyerlahkan emosi sebagai tindak balas terhadap apa yang sedang ditonton.



Sama seperti Super Chats, Super Stickers juga akan muncul di ruang sembang dan kekal di bahagian tersebut untuk tempoh masa tertentu.

Untuk menghidupkan dua ciri ini, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Pergi ke Studio.YouTube.com
  2. Klik Monetization
  3. Klik Supers di bahagian kanan atas
  4. Klik Get started
  5. Ikut arahan yang dinyatakan di skrin

Setelah anda selesai tetapkan ciri ini, pilihan Super Chat dan Super Stickers akan ada secara automatik di ruang live chat anda.

Tetapi, perlu diketahui bahawa akaun YouTube anda perlu ada monetization (pengewangan) untuk menghidupkan kedua-dua ciri ini. Ia tidak boleh diaktifkan jika live chat ditutup, video ditetapkan sebagai unlisted, Made for kids atau video terhad untuk usia tertentu.

Tags: YouTubeYouTube Super ChatYouTube Super Stickers
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Super Chat & Super Stickers, cara baru jana wang di Youtube

Super Chat & Super Stickers, cara baru jana wang di Youtube

21 September 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN