• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix lancar pelan percuma tanpa iklan di Kenya dengan syarat ketat

  • OLEH Najib
  • 11:37 am
  • 23/09/2021
  • Komen
Netflix lancar pelan percuma tanpa iklan di Kenya dengan syarat ketat
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix baru-baru ini melancarkan pelan percuma tanpa bayaran, tetapi untuk pengguna di Kenya sahaja. Lebih baik lagi, pelan percuma ini tiada siaran iklan mengganggu ketika menonton. Tetapi pasti ada syarat lain untuk menikmatinya.

Pelan percuma ini tidak memerlukan pengguna memasukkan maklumat pembayaran seperti kad debit/kredit. Apa yang diperlukan hanyalah alamat emel dan mengesahkan bahawa pengguna berusia 18 tahun dan ke atas.



Antara syarat dan sekatan yang dikenakan untuk pelan ini adalah:

  1. Pelan percuma ini untuk peranti Android sahaja, tidak boleh di pelayar atau iOS.
  2. Pelan ini tidak boleh menyiarkan ‘cast’ ke skrin besar TV.
  3. Hanya 25% daripada keseluruhan katalog kandungan Netflix boleh diakses oleh pelan percuma
  4. Lain-lain fungsi boleh digunakan seperti cadangan peribadi, profail pelbagai, dan kawalan ibubapa.

Menurut Netflix, mereka mahu menguji penggunaan pelan ini dan melihat berapa ramai pengguna yang akan berubah ke pelan berbayar. Buat masa ini, tiada pengesahan ia akan diluaskan ke negara lain.



Perkara ini mungkin agak mengejutkan kerana jarang kelihatan platform penstriman antarabangsa menyediakan pelan percuma, seperti di Amazon Prime, Disney+ dan HBO Max. Langkah ini diambil mungkin kerana persaingan semakin sengit dengan munculnya pelbagai penyedia kandungan dalam talian, terutama sekali sewaktu wabak COVID-19 melanda dunia.

Tetapi pelan percuma adalah perkara biasa di platform penstriman tempatan dan serantau, seperti iflix, iQiyi dan Viu. Pengguna boleh menyaksikan banyak kandungan percuma, tetapi dengan iklan disiarkan atau siaran lewat seminggu daripada pelan berbayar.

Netflix sebenarnya pernah menyediakan siaran percuma waktu terhad tahun lepas. Ia terbuka kepada semua, malah boleh ditonton terus tanpa perlu mendaftar masuk. Mungkin Netflix akan menguji beberapa jenis pelan lain bagi menarik lebih banyak pengguna di masa akan datang.

[Sumber: Gizchina, Netflix]

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Netflix lancar pelan percuma tanpa iklan di Kenya dengan syarat ketat

Netflix lancar pelan percuma tanpa iklan di Kenya dengan syarat ketat

23 September 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN