• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor MagicBook 14 diperbaharui kuasa Ryzen 5 5500U akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:22 pm
  • 24/09/2021
  • Komen
Honor MagicBook 14 diperbaharui kuasa Ryzen 5 5500U akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan laptop mereka yang diperbaharui dengan kuasa baru AMD. Honor MagicBook 14 akan kembali ke pasaran Malaysia, menawarkan kuasa pemproses AMD Ryzen 5 5500U 7nm bersama grafik AMD Radeon terbina di dalam.

Dalam pengumuman ini, Honor Malaysia turut memaklumkan bahawa salah satu telefon pintar terbaru mereka, Honor 50 akan dilancarkan di Malaysia bulan hadapan, pada bulan Oktober.



Laptop Honor MagicBook 14 dengan kuasa baru AMD Ryzen 5 5500U ini akan datang dalam dua pilihan warna, Space Grey dan Mystic Silver. Hanya RAM 8GB ditawarkan tetapi dengan dua pilihan storan.

Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



Honor MagicBook 14 AMD

Ryzen 5 5500U (RAM 8GB + SSD 256GB) – RM2,699
Ryzen 5 5500U (RAM 8GB + SSD 512GB) – RM2,999

Honor akan menjual laptop ini di Malaysia bermula 1 Oktober 2021, dan pembeli akan menerima hadiah percuma berupa beg galas dan tetikus wayarles Bluetooth, bernilai RM228.

Ia boleh dibeli di Stor Online Honor Malaysia, Stor Rasmi Honor di Lazada, Stor Rasmi Honor di Shopee, stor rasmi Senheng dan juga Stor Sah Honor di seluruh Malaysia.

Spesifikasi

Kuasa baru AMD Ryzen 5 5500U ini masih berasaskan ZEN 2 6-teras yang serupa dengan Ryzen 5 4500U, berbanding ZEN 3 di Ryzen 7 5800U. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR4 8GB dan storan SSD PCIe NVMe sehingga 512GB. Sambungan WiFi 6 juga adalah tambahan baru.

Skrinnya jenis IPS LCD berukuran 14-inci dengan resolusi HD Penuh, serta bernisbah 16:9. Ia mengekalkan rekaan badan aluminium, dengan tebal cuma 15.9mm dan berat hanya 1.38kg. Skrin ini juga agak fleksibel, boleh dibuka sehingga 180-darjah.

Bateri di dalamnya berkapasiti 56Wh dan ia mengecas menggunakan port USB-C dengan kuasa sehingga 65W. Kabel dan kepala pengecas disertakan di dalam kotak.

Sambungan yang terdapat di laptop ini adalah 1 port USB-C yang turut digunakan untuk mengecas, 1 port USB 3.2 Gen1, 1 port USB 2.0, 1 port HDMI dan jek audio 3.5mm.

Papan kekunci di MagicBook ini bersaiz penuh dan berlampu belakang, bersama TrackPad yang agak luas. Ia turut memiliki pengimbas capjari yang ditanam di dalam butang kuasa.

Satu keunikan di laptop ini adalah kamera web terletak di papan kekunci dan ia boleh disembunyikan. Honor turut memasang butang khas untuk mematikan mikrofon dengan pantas di sebelah kamera tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang laptop ini, layari laman produk Honor MagicBook 14.

Tags: AMD Ryzen 5 5500Uhonorhonor magicbook 14
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Honor MagicBook 14 diperbaharui kuasa Ryzen 5 5500U akan datang ke Malaysia

Honor MagicBook 14 diperbaharui kuasa Ryzen 5 5500U akan datang ke Malaysia

24 September 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER