• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

Warnakan folder di dalam Google Drive supaya lebih mudah dikenali, ini caranya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:13 pm
  • 24/09/2021
  • Komen
Warnakan folder di dalam Google Drive supaya lebih mudah dikenali, ini caranya
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila mempunyai terlalu banyak folder di dalam Google Drive, adakalanya susah untuk mencari folder yang diperlukan. Lebih-lebih lagi apabila tajuk kebanyakan folder ada yang seakan-akan sama. Oleh itu, bagi memudahkan pengguna mengesan sesebuah folder, anda boleh warnakan semua folder yang ada dengan menggunakan warna berbeza.

Berikut merupakan cara yang boleh dilakukan untuk tukar warna folder di Google Drive melalui komputer dan Android:



Tukar warna folder di komputer

Anda boleh tukar warna folder di Google Drive melalui komputer dengan cara berikut:

  1. Buka Google Drive melalui komputer.
  2. Pergi ke yang mahu diwarnakan dan klik kanan
  3. Pilih change color
  4. Pilih warna yang anda mahukan

Tukar warna folder di telefon Android

Sekiranya anda rasa sukar melakukannya menerusi komputer, anda boleh cuba tukarkan warna folder di Google Drive dengan menggunakan peranti Android.



  1. Buka aplikasi Google Drive di peranti Android anda
  2. Tekan folder
  3. Klik tiga titik di bahagian kanan atas
  4. Pilih Change Color
  5. Pilih warna yang anda mahukan

Setelah anda menukar warna folder di komputer atau telefon Android, tetapan ini akan disimpan ke cloud. Oleh itu, warna baru ini akan muncul secara automatik, walau di mana sahaja anda membuka Google Drive. Perlu diketahui bahawa ada tona warna yang tidak akan sama pada telefon dan komputer, tetapi anda masih boleh membezakannya.

Seperti contoh di bawah, warna ungu pada folder yang di lihat melalui komputer lebih lembut, berbanding di Android yang ungunya kelihatan terang.

  • Google Drive di Android
  • Google Drive di komputer

Dengan cara ini, folder di Google Drive akan lebih mudah dikenali dan anda juga akan lebih senang menguruskannya.

[Sumber: Androidcentral]

Tags: google drive
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Warnakan folder di dalam Google Drive supaya lebih mudah dikenali, ini caranya

Warnakan folder di dalam Google Drive supaya lebih mudah dikenali, ini caranya

24 September 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN