• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

Google perkenal 2 cara mudah kawal peranti guna gerakan wajah, sesuai untuk OKU

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:08 pm
  • 28/09/2021
  • Komen
Google perkenal 2 cara mudah kawal peranti guna gerakan wajah, sesuai untuk OKU
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk golongan kurang upaya (OKU), pasti menjadi satu kekangan buat mereka untuk mengawal telefon pintar. Walaupun ada fungsi seperti Google Assistant yang boleh dikawal menggunakan suara, ia masih lagi menjadi satu kesukaran buat pengguna yang bisu.

Oleh itu, untuk menjadikan peranti Android lebih mudah diakses oleh semua, Google memperkenalkan dua ciri baru yang memudahkan pengguna mengendalikan telefon dan berkomunikasi menggunakan isyarat wajah. Pertama ialah Camera Switches, ia ada dalam tetapan Android. Kedua ialah aplikasi baru untuk pengguna Android dikenali sebagai Project Activate.



Kedua-dua alat ini menggunakan teknologi kamera depan dan teknologi pembelajaran mesin (machine learning) untuk mengesan gerak wajah dan mata. Melaluinya, pengguna yang mengalami masalah kecacatan motor dan pertuturan boleh menggunakan dua ciri ini untuk menavigasi telefon.

Camera Switches

Camera Switches merupakan ciri baru di bawah Switch Access. Ia membolehkan kamera telefon mengesan gerak isyarat wajah untuk melakukan tindakan pada telefon, tanpa perlu swipe atau tekan pada skrin.



Pengguna boleh memilih salah satu daripada enam isyarat iaitu, melihat ke kanan, melihat ke kiri, melihat ke atas, senyum, menaikkan kening atau membuka mulut untuk swipe dan memilih (select) di telefon. Isyarat ini juga boleh ditetapkan untuk membuka notifikasi atau kembali ke skrin utama. Dengan Camera Switches, pengguna atau penjaga boleh tetapkan tempoh masa untuk mengesan isyarat, serta menetapkan ukuran sesebuah isyarat.

Camera Switches mula dilancarkan dalam Android Accessibility Suite minggu ini dan ia akan tersedia sepenuhnya pada hujung bulan.

Project Activate

Project Activate ialah aplikasi baru di Android. Hampir sama seperti Camera Switches, melalui aplikasi ini, pengguna boleh tetapkan isyarat wajah untuk melakukan tindakan lain selain di Camera Switches. Contohnya menetapkan isyarat untuk menghantar teks, membuat panggilan telefon atau memainkan audio.

Ini merupakan kaedah pantas untuk golongan kurang upaya bertindak balas melalui telefon. Dengan adanya ciri dan aplikasi baru ini, sudah tentu semua individu boleh gunakan peranti Android untuk berkomunikasi.

[Sumber: Malaymail, Google]

Tags: androidGoogle
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google perkenal 2 cara mudah kawal peranti guna gerakan wajah, sesuai untuk OKU

Google perkenal 2 cara mudah kawal peranti guna gerakan wajah, sesuai untuk OKU

28 September 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN