• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram Kids ditangguh, dilapor bahaya untuk mental remaja

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:31 pm
  • 28/09/2021
  • Komen
Instagram uji Favorites, papar akaun kegemaran pengguna lebih atas dari yang lain
Share on FacebookShare on Twitter

Rancangan untuk mencipta Instagram Kids bagi remaja dibawah 13 tahun telah ditangguhkan, selepas The Wall Street Journal melaporkan dalam satu siri artikel bahawa Facebook menyedari Instagram berbahaya untuk kesihatan mental remaja perempuan. Facebook telah membalas semula kepada Wall Street Journal dengan menekankan bahawa kajian tersebut memperincikan pengalaman positif dan negatif pengguna muda di media sosial.

Ketua Instagram, Adam Mosseri mengatakan bahawa perkara ini telah disalah faham. Aplikasi Instagram Kids kelak akan dibangunkan khas kepada kanak-kanak dan akan diawasi oleh ibu bapa. Mereka juga yakin bahawa, ibu bapa perlu mempunyai pilihan untuk memberi anak-anak mereka akses kepada versi Instagram yang direka sesuai dengan usia mereka.



Penangguhan pelaksanaan aplikasi ini juga akan memberikan Instagram masa untuk bekerjasama dengan ibu bapa, pakar, pembuat dasar dan pengawal selia mengenai aplikasi yang bakal dibangunkan ini. Ia juga merupakan kesempatan untuk mereka menunjukkan nilai dan kepentingan Instagram Kids untuk pengguna remaja.

Ciri keselamatan Instagram Kids

Remaja kini sememangnya menggunakan Internet dalam kehidupan seharian. Oleh itu, mereka perlu mempunyai pengalaman menggunakan Internet sesuai dengan usia. Melalui Instagram Kids, pengguna memerlukan izin ibu bapa untuk sertai Instagram. Aplikasi mereka tidak mempunyai iklan dan mempunyai ciri yang sesuai dengan usia.



Dengan penggunaan Instagram Kids, ibu bapa dapat memantau masa yang diluangkan oleh anak-anak di aplikasi itu serta mengawasi pengguna yang boleh menghantar mesej kepada mereka, mengikuti mereka dan individu yang mereka ikuti.

Dapat dilihat, ini merupakan satu langkah keselamatan yang dilakukan oleh Instagram kepada pengguna remaja. Malah pesaingnya YouTube dan TikTok juga mempunyai versi aplikasi untuk pengguna yang berusia di bawah 13 tahun.

[Sumber: MalayMail, Instagram]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram uji Favorites, papar akaun kegemaran pengguna lebih atas dari yang lain

Instagram Kids ditangguh, dilapor bahaya untuk mental remaja

28 September 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN