• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

Dapatkan gambar profil Google yang unik dari koleksi Google Illustrations

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:41 am
  • 29/09/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda tidak selesa menggunakan gambar sendiri untuk diletakkan sebagai gambar profil Google, kini anda boleh gunakan pilihan gambar di Google Illustrations yang baru sahaja diperkenalkan oleh Google, untuk melengkapkan avatar profil anda.

Koleksi ilustrasi ini merangkumi pelbagai budaya, minat dan latar belakang. Ada banyak kategori gambar yang boleh dipilih, ia termasuklah kategori teknologi, sukan, haiwan, lautan, gunung dan ruang angkasa. Oleh itu, sekiranya anda seorang pencinta haiwan, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan ilustrasi haiwan kegemaran anda sebagai gambar profil.



Apabila anda menggunakan salah satu gambar dari koleksi Google Illustrations ini di profil Google, ia juga akan diperlihatkan di akaun produk Google yang lain seperti YouTube dan Google Maps.

Selain itu, anda juga boleh menyesuaikan warna ilustrasi mengikut citarasa sendiri. Anda boleh pilih sama ada mahu menggunakan keseluruhan gambar atau hanya sebahagian daripadanya. Apabila anda melakukan suntingan, sudah pasti gambar profil anda tidak akan sama dengan pengguna lain, walaupun dipilih dari kategori yang sama. Ia juga akan kelihatan unik.



Google Illustrations kini hanya boleh diakses oleh pengguna Android. Anda boleh lihat ciri ini apabila anda menetapkan gambar profil di Google Workspace dan Contact. Untuk mencubanya, anda boleh pergi ke gambar profil di Gmail, tekan add profile picture atau change, kemudian pilih Illustration. Jika anda belum dapat akses kepada ciri ini, ia mungkin sedang dikembangkan kepada pengguna secara fasa demi fasa.

Google sedang berusaha membawa ilustrasi ini ke lebih banyak platform seperti iOS dan web. Mereka juga akan memperluaskan lagi koleksi ilustrasi yang ada. Oleh itu, jika anda tidak menjumpai gambar yang sesuai dengan diri anda sekarang, anda boleh periksanya semula nanti untuk melihat lebih banyak ilustrasi yang disediakan.

[Sumber: TheVerge, Google]

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Dapatkan gambar profil Google yang unik dari koleksi Google Illustrations

29 September 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN