• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kolej dan Universiti akan kembali kelas fizikal mulai 15 Oktober, ini semua yang perlu anda tahu

  • OLEH Najib
  • 3:36 pm
  • 29/09/2021
  • Komen
Kolej dan Universiti akan kembali kelas fizikal mulai 15 Oktober, ini semua yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia akan kembali belajar di dalam kelas secara fizikal mulai 15 Oktober 2021. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di mana ia turut melibatkan kolej dan universiti tempatan.

Pembukaan IPT di Malaysia ini bagaimanapun melibatkan pelajar dan kakitangan yang telah menerima vaksin sepenuhnya sahaja dan ia dikuatkuasakan di semua negeri, tidak kira fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri tersebut.



Sepanjang PKP, lebih 1.2 juta penuntut IPT terpaksa mengikuti kelas dalam talian selama tiga semester. Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk kembali ke kampus dan belajar di dalam kelas.

Sudah pasti, peraturan ketat dan pematuhan SOP dititikberatkan demi keselamatan semua pihak tidak kira pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan. Ramai yang bertanya, apakah SOP dan peraturan yang dikenakan kelak?



Jika anda salah seorang pelajar yang akan kembali ke kampus nanti, atau ibubapa kepada pelajar yang mahu mengetahui lebih lanjut sebelum menghantar anak pulang, ini semua perkara yang perlu anda ambil tahu:

1. Kampus dibuka semula pada 15 Oktober dan kepulangan pelajar berperingkat. Semak jadual dengan universiti dan kolej.

Pembukaan semula kampus dan kelas fizikal akan dibuat secara berperingkat. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ini untuk mengelakkan ketibaan beramai-ramai dan sukar dikawal, sekaligus memastikan keselamatan semua pihak.

Untuk ini, semua pelajar dinasihatkan untuk menunggu arahan daripada universiti atau kolej, bilakah jadual kepulangan anda. Pastikan anda telah mengetahui jadual kepulangan sebelum bergerak pulang.

2. Hanya vaksin lengkap

Satu perkara penting sebelum boleh pulang ke kampus adalah kebenaran ini untuk mereka yang telah melengkapkan vaksin sahaja. Ini untuk memastikan imuniti kelompok telah dibentuk di dalam kampus.

Maksud lengkap vaksin adalah seperti berikut:

  • Vaksin 2 dos: 14 hari selepas disuntik dos kedua
  • Vaksin 1 dos: 28 hari selepas disuntik

Sehingga kini, lebih 73% pelajar serta 91% kakitangan kolej dan universiti telah melengkapkan vaksin mereka.

Menerusi porgram VACC2Campus, KPT bekerjasama dengan CITF untuk mempercepatkan proses pemvaksinan pelajar, pengajar dan kakitangan yang masih belum mendapatkan vaksin atau belum lengkap dos kedua vaksin. Program ini juga mensasarkan 100% vaksin lengkap untuk semua pelajar, pengajar dan kakitangan menjelang hujung Oktober 2021.

Kepada yang belum lengkap vaksin, anda boleh datang terus ke mana-mana PPV untuk divaksin. Apa yang perlu dibawa hanyalah kad pelajar atau kad kakitangan, bersama kad pengenalan MyKad (atau pasport bagi bukan warganegara). Pelajar baru yang belum menerima kad pelajar, boleh membawa surat tawaran belajar.

Jika anda tidak mengambil vaksin kerana sebab kesihatan, perlu menghubungi pihak kolej atau universiti untuk pengesahan dan langkah-langkah khas yang perlu diambil.

3. Perjalanan pergi dan pulang

Terdapat peraturan yang berbeza untuk pergi dan pulang ke kampus mengikut negeri. Bagi pelajar di Semenanjung Malaysia yang mahu merentas negeri (keculai ke Sabah, Sarawak dan Labuan), apa yang diperlukan adalah surat kebenaran daripada kolej atau universiti.

Bagi pelajar yang bergerak di dalam dan di antara Sabah, Sarawak dan Labuan untuk pulang ke kampus, perlu memeriksa dengan kolej atau universiti tentang SOP khusus negeri. Sebagai tambahan, pelajar juga perlu mendapatkan:

  • Surat kebenaran pergerakan daripada PDRM
  • Lengkap ujian calit RT-PCR

Memandangkan kos yang agak tinggi untuk ujian RT-PCR, KPT bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menyediakan ujian percuma di Klinik Kesihatan Kerajaan. Mereka yang terlibat boleh mendapatkan ujian percuma di klinik atau pergi ke mana-mana makmal ujian swasta.

4. Peraturan untuk pelajar antarabangsa

Bagi pelajar antarabangsa yang menuntut di Malaysia, mereka haruslah telah lengkap vaksin dan hanya kumpulan pelajar seperti di bawah sahaja dibenarkan pulang ke kampus:

  • Pelajar warganegara United Kingdom yang sebelum ini tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, akan dibenarkan masuk ke Malaysia dan pulang ke kampus
  • Pelajar antarabangsa yang mengikuti program Mobiliti dan Edutourism
  • Pelajar yang memiliki keluarga dan tanggungan terus dan mahu membawa mereka masuk ke Malaysia

Semua pelajar antarabangsa yang telah lengkap vaksin di luar negara mesti mendaftar dengan Education Malaysia Global Services (EMGS) sebelum dibenarkan masuk ke Malaysia oleh Pejabat Imigresen.

Semua pelajar antarabangsa yang layak juga mesti menjalani ujian RT-PCR tiga hari sebelum memulakan perjalanan ke Malaysia. Mereka juga mesti menjalani saringan kesihatan dan kuarantin apabila tiba di Malaysia.

5. Tidak dapat pulang ke kampus

Kepada pelajar yang masih belum dapat pulang ke kampus, mereka akan terus menjalani pembelajaran secara hibrid, mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pelajar yang belajar dalam talian, boleh mengikuti kelas mereka di lokasi masing-masing.

6. Aktiviti berkumpulan

Untuk kerja-kerja di makmal, bengkel, studio dan kajian berkumpulan, ia dibenarkan tertakluk kepada SOP dan peraturan yang ditetapkan.

7. Pusat pengasingan di kampus

Bagi memastikan keselamatan semua orang di kampus terjamin, kolej dan universiti perlu menyediakan pusat pengasingan dalam kampus bagi mereka yang disyaki positif COVID-19.

Pada masa yang sama, semua kolej dan universiti di Malaysia perlu bersedia dengan pelan komunikasi dan perhubungan untuk memastikan SOP dan keperluan khusus di dalam kampus jelas diwar-warkan, di samping SOP dan peraturan yang ditetapkan KPT.

8. Diskaun yuran pengajian semester 1 2021/2022

Diskaun sebanyak 20% diberikan untuk yuran pengajian bagi semester 1, 2021/2022. Diskaun ini terpakai kepada pelajar Malaysia yang menuntut di IPT Awam. Ia dijangka akan dinikmati lebih 550,000 pelajar dengan anggaran penjimatan lebih RM175 juta.

9. Pertanyaan dan maklumat lanjut

Kepada pelajar yang ada pertanyaan dan persoalan atau perlukan maklumat lanjut tentang sebarang perkara, boleh menghubungi pihak pengurusan kolej atau universiti, atau hubungi pusat operasi 24-jam KPT di talian: 03 8870 6777 / 6949 / 6623 / 6628.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: COVID-19KPT
Najib

Najib

POPULAR

Kolej dan Universiti akan kembali kelas fizikal mulai 15 Oktober, ini semua yang perlu anda tahu

Kolej dan Universiti akan kembali kelas fizikal mulai 15 Oktober, ini semua yang perlu anda tahu

29 September 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER