• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Squid Game kini ada di Roblox, set & tahap permainan seperti di dalam siri

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:57 pm
  • 29/09/2021
  • Komen
Squid Game kini ada di Roblox, set & tahap permainan seperti di dalam siri
Share on FacebookShare on Twitter

Siri berjudul Squid Game dari Korea Selatan yang ditayangkan di Netflix kini menjadi perbualan ramai. Ia dapat dilihat apabila sedutan dan komen penonton mengenai siri itu membanjiri media sosial. Squid Game dilancarkan pada 17 September dan ia kini mendapat tempat pertama dalam 10 senarai teratas tayangan paling popular di Netflix.

Bukan itu sahaja, siri aksi ini juga kini ada di platform permainan dalam talian, Roblox.



Permainan berdasarkan siri Squid Game boleh ditemui pada bahagian carian “Popular”. Di Roblox, sukar untuk sesebuah permainan muncul di halaman utama dan ini menunjukkan bahawa Squid Game telah menjadi satu fenomena yang hebat.

Selain itu, permainan Squid Game juga ada disenaraikan dengan nama yang berlainan seperti Red Light Green Light, Fish Game, Octopus atau Hexa Game. Anda mungkin boleh lihat pada jumlah like dan jumlah permain yang aktif di sesebuah permainan sebelum mencubanya.



Kebanyakan permainan yang disediakan ini memaparkan set yang sama seperti di dalam siri. Pemain akan bermula di dewan yang dikelilingi banyak katil dan ada 2 penjaga berbaju merah di hadapan pintu utama. Di sini juga merupakan tempat pemain berkumpul. Semua menunggu pintu dibuka untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Sebelum permainan bermula, pemain akan ditukarkan kepada baju hijau dengan nombor siri masing-masing pada baju.

Sepanjang saya bermain permainan ini, boleh dikatakan perasaan menonton dan bermainnya hampir sama. Cuma lebih mendebarkan kerana saya perlu elak daripada ditembak ketika bermain “Red Light, Green Light” dan perlu melompat titian kaca dengan betul supaya tidak kalah. Jika mati, pemain perlu masuk semula ke dewan utama dan mulakan permainan dari peringkat pertama. Tetapi bagi saya, jika permainan ini menggunakan audio dengan Bahasa Korea, tentu ianya akan jadi lebih mencemaskan.

Sekiranya anda sudah menonton siri Squid Game di Netflix, anda perlu cuba bermain permainannya di Roblox pula.

[Sumber: IGN]

Tags: robloxSquid Game
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Squid Game kini ada di Roblox, set & tahap permainan seperti di dalam siri

Squid Game kini ada di Roblox, set & tahap permainan seperti di dalam siri

29 September 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN