• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Astro tambah TM jadi rakan dagang baharu untuk mantapkan servis jalur lebar buat pelanggannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:26 am
  • 30/09/2021
  • Komen
Astro tambah TM jadi rakan dagang baharu untuk mantapkan servis jalur lebar buat pelanggannya
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini 30 September 2021, 01:36pm

Artikel telah dikemas kini bagi memperjelas landskap kerjasama Astro dengan rakan-rakan dagangnya.




Astro dalam salah satu produk mereka ada menawarkan pakej siaran TV bersama-sama dengan jalur lebar. Bagi bahagian Internet, mereka bekerja sama dengan Maxis dan Allo sebagai penyedia perkhidmatan Internet. Kini, mereka menambah satu lagi rakan dagang baharu iaitu Telekom Malaysia (TM) untuk membolehkan pihaknya mengakses siratan infrastruktur HSBB milik TM yang merupakan jaringan jalur lebar dengan cakupan terluas di Malaysia.

Contoh penawaran bundle Internet di Astro

Memanfaatkan rangkaian HSBB TM, Astro masih boleh kekal menyediakan produk dengan kemudahan Internet sedia ada tanpa risau akan infrastruktur yang perlu dibina. Hasil kerjasama dengan tiga pihak pembekal perkhidmatan Internet (ISP), Astro berhasrat untuk menyediakan pakej perkhidmatan yang lebih bernilai kepada pelanggan mereka.



Buat pihak TM, mereka akan membekalkan Astro dengan servis, selain Internet, Content Delivery Network (TM CDN) yang bakal mempertingkat kualiti penyampaian servis mereka.

Kerjasama dengan TM ini dilihat selari dengan langkah-langkah yang diorak Astro dalam masa terdekat ini iaitu berpaling kepada penstriman menggunakan Internet berbanding bergantung kepada isyarat satelit. Misalnya, mereka bekerjasama dengan Disney+ dan Netflix serta memperkenalkan Astro Ultra Plug & Play untuk sampai ke lebih ramai pelanggan.

Tags: astroAstro FibreHSBBTelekom MalaysiaTM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Astro tambah TM jadi rakan dagang baharu untuk mantapkan servis jalur lebar buat pelanggannya

Astro tambah TM jadi rakan dagang baharu untuk mantapkan servis jalur lebar buat pelanggannya

30 September 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN