• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TIPS: Cara jejak iPhone walau bateri habis atau telefon dimatikan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:49 pm
  • 01/10/2021
  • Komen
TIPS: Cara jejak iPhone walau bateri habis atau telefon dimatikan
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi Find My di iPhone sememangnya berguna untuk menjejak iPhone yang hilang. Dengan kemaskini ke iOS 15, aplikasi Find My menjadi lebih hebat apabila boleh menjejak peranti yang sudah kehabisan bateri atau dimatikan.

Untuk menggunakan fungsi tersebut, anda perlukan salah satu peranti dalam senarai ini:



  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro / iPhone 11 Pro Max
  • iPhone 12 / iPhone 12 Mini
  • iPhone 12 Pro / iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 13 / iPhone 13 Mini
  • iPhone 13 Pro / iPhone 13 Pro Max

Aktifkan aplikasi Find My

Sekiranya anda baru menggunakan iPhone atau belum pernah menggunakan aplikasi Find My, berikut adalah cara untuk memulakannya:

  1. Pergi ke tetapan
  2. Tekan pada nama anda
  3. Tekan Find My
  4. Hidupkan Find My iPhone
  5. Jika anda sudah kemaskini ke iOS 15, hidupkan juga Find My network. Ia membolehkan anda mencari telefon, walaupun ada di luar talian
  6. Akhir sekali, hidupkan Send Last Location. Ia akan menghantar lokasi iPhone anda ke akaun Apple anda semasa bateri hampir habis.

Cara menjejak iPhone

Setelah anda hidupkan 3 ciri di bawah Find My iPhone tadi, anda sudah boleh jejak iPhone anda menggunakan aplikasi Find My di MacBook atau iPhone lain jika ada. Anda juga boleh lakukannya melalui penyemak imbas di sini dan log masuk gunakan Apple ID anda.



Sekiranya anda menggunakan versi web, anda akan lihat titik hijau yang menandakan iPhone anda. Pilih titik itu dan kemudian tekan simbol “i” untuk dapatkan maklumat. Anda akan diberi pilihan sama ada untuk bunyikan telefon anda, hapuskannya, atau tetapkannya kepada Lost Mode.

Melalui Lost Mode, anda boleh masukkan nombor telefon anda untuk dihubungi individu yang menjumpai telefon anda. Setelah selesai, iPhone akan dikunci sehingga anda masukkan semula kata laluan.

Sekiranya anda jejak menggunakan aplikasi Find My, paparan petanya sama, cuma ia ada tambahan ciri directions. Ciri ini akan bantu membawa anda ke lokasi iPhone itu.

Saya cuba jejak iPhone selepas mematikannya menggunakan MacBook. Di dalam peta, logo iPhone bertukar ke warna hitam, menandakan telefon sudah mati. Cuma, ia nyatakan masa dan lokasi ketika telefon saya hidup, bukanlah masa nyata.

Untuk memastikan bahawa ciri ini aktif, anda boleh lihat pada skrin semasa mematikan telefon. Akan tertera tulisan “iPhone Findable After Power Off” di bawah butang padam.

Selepas ini, pengguna iPhone yang sudah kemaskini ke iOS 15 tidak perlu bimbang jika peranti anda hilang dan kehabisan bateri, kerana ia masih boleh dicari. Cuma, menjadi masalah apabila ada individu yang mengubah kedudukan iPhone itu selepas bateri habis, kerana Find My hanya akan bawa anda ke lokasi terakhir iPhone ketika ia masih bernyawa.

[Sumber: TheVerge]

Tags: appleApple iOS 15iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TIPS: Cara jejak iPhone walau bateri habis atau telefon dimatikan

TIPS: Cara jejak iPhone walau bateri habis atau telefon dimatikan

1 October 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER