• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google tambah 7 fungsi carian baru, boleh lihat lokasi kebakaran & maklumat terperinci mengenainya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:16 pm
  • 05/10/2021
  • Komen
Google tambah 7 fungsi carian baru, boleh lihat lokasi kebakaran & maklumat terperinci mengenainya
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui satu acara maya Search On, Google ada mengumumkan beberapa produk baru yang akan menemui pengguna. Dapat dilihat ciri baru ini akan membantu pengguna membuat carian di Google dengan lebih baik. Berikut adalah perkara yang dikongsikan dalam acara itu dan bakal dilancarkan di Malaysia.

1. Google Lens ada ruang soalan

Di Search On, Google ada menunjukkan ciri tambahan pada Google Lens. Melaluinya, pengguna bukan sahaja boleh membuat carian berdasarkan imej seperti biasa, tetapi pengguna juga boleh menambah teks dan sertakan soalan tentang visual yang dipaparkan. Contoh, anda memuat naik imej baju bercorak bunga di Google Lens dan anda mahu corak stokin dengan sama seperti baju itu. Maka, anda hanya perlu tulis kemahuan anda dan Google Lens akan mencadangkan stokin dengan corak yang anda mahukan itu.



Begitu juga dengan soalan, anda hanya perlu muat naik gambar dan nyatakan soalan. Contohnya, derailleur basikal anda rosak. Anda hanya perlu ambil gambar bahagian derailleur itu, kemudian nyatakan soalan bagaimana cara untuk perbaikinya. Google kemudian akan bawakan video dan artikel untuk menjawab soalan anda. Ciri ini akan dilancarkan di Google Lens dalam beberapa bulan akan datang, bermula dengan Bahasa Inggeris.

2. Halaman Carian dengan rekaan baru

Apabila anda membuat sesuatu carian, contohnya acrylic painting, anda bukan sahaja akan diberikan artikel berkaitan, tetapi akan disediakan bahagian baru dikenali sebagai Things to know. Di bawah bahagian ini, anda akan menemui topik lain berkaitan dengan acrylic painting yang sering dicari oleh pengguna lain. Ciri ini akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang.



Kemudian, akan ada dua lagi ciri untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang sesebuah carian. Ia dikenali sebagai Refine this search dan Broaden this search. Ia boleh membawa anda menemui carian lebih meluas dan spesifik tentang sesebuah topik. Pelancaran ciri ini akan dilakukan dalam beberapa bulan akan datang dalam bahasa Inggeris

3. Memahami video dengan mendalam

Dengan menggunakan MUM, Google akan mengenal pasti topik berkaitan video yang sedang ditonton. Ia akan mencadangkan carian yang berkaitan dengan video. Secara tidak langsung, kemampuan ini akan memudahkan anda mengetahui lebih mendalam mengenai sesuatu yang sedang anda tonton. Kebolehan ini Pelancaran dalam beberapa minggu akan datang dalam Bahasa Inggeris.

4. Lens boleh digunakan di Chrome komputer

Google Lens tidak lama lagi boleh digunakan melalui Chrome di komputer. Anda boleh membuat carian berkaitan gambar dengan Google Lens dan keputusan carian juga akan dipaparkan pada halaman yang sama. Kebolehan ini akan tersedia di seluruh dunia dalam beberapa bulan akan datang.

5. Address Maker, bantu individu cipta alamat di Google Maps

Ciri Address Maker ini menggunakan sistem Plus Code untuk membuat alamat yang berfungsi dan unik di dalam skala. Dalam beberapa minggu lagi, Address Maker akan membantu komuniti yang kekurangan alamat jalan khas membuat Plus Code. Maka, mereka boleh gunakannya sebagai alamat tetap yang berfungsi di Google Maps. Ini juga dapat bantu mereka menerima surat atau pesanan dengan betul.

6. Wildfire Layer, gabungan maklumat kebakaran di Maps

Melalui Wildfire Layer, Google akan gabungkan semua maklumat mengenai kebakaran di Google Maps. Lapisan ini akan merangkumi laman web serta nombor telefon kecemasan dan maklumat pemindahan dari pemerintah tempatan jika ada. Apabila ciri ini tersedia, anda juga boleh melihat perincian mengenai kebakaran itu seperti berapa ekar kawasan telah terbakar, kualiti udara dan waktu terakhir semua maklumat ini dilaporkan. Ciri ini akan dilancarkan diseluruh dunia untuk pengguna Android, iOS dan desktop pada Oktober ini.

7. Tree Canopy, kenal pasti lokasi kenaikan suhu

Data Tree Canopy menggunakan gambar udara dan kemampuan AI untuk mengenal pasti lokasi di sebuah bandar yang berisiko mengalami kenaikan suhu dengan cepat. Melalui data ini, pemerintah daerah mempunyai akses percuma untuk merancang lokasi menanam pokok agar dapat meningkatkan teduhan dan mengurangkan panas. Tree Canopy ini sedang dikembangkan kepada lebih dari 100 bandar di seluruh dunia.

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Google tambah 7 fungsi carian baru, boleh lihat lokasi kebakaran & maklumat terperinci mengenainya

Google tambah 7 fungsi carian baru, boleh lihat lokasi kebakaran & maklumat terperinci mengenainya

5 October 2021
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER