• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Canon umumkan lensa unik, “dwimata” RF5.2mm F2.8L

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:21 pm
  • 06/10/2021
  • Komen
Canon umumkan lensa unik, “dwimata” RF5.2mm F2.8L
Share on FacebookShare on Twitter

Ini adalah lensa paling unik pernah saya lihat selepas lensa jenis tilt-shift. Canon RF5.2mm F2.8L miliki dua set kanta sebelah menyebelah, seperti dua lensa fisheye menjadi satu. Ini adalah lensa pertama seumpamanya dalam kelasnya.

Jelas sekali lensa ini bukan untuk orang biasa-biasa dan orang yang akan gunakan akan miliki tujuan yang spesifik. Dalam video demonstrasi, Canon menyasarkan lensa ini untuk kegunaan penghasilan kandungan realiti maya (VR) seperti untuk gogel VR.



Apabila merakam, sensor pengimejan akan terima dua input serentak daripada lensa berkembar itu. Apabila anda playback semula di kamera, anda akan nampak dua bulatan video di atas paparan. Ia bukanlah glitch kerana untuk memprosesnya, anda perlukan peralatan khas.

Jurusunting video yang biasa dengan Premiere Pro boleh memasang plug-in khas manakala Canon sendiri telah lancarkan perisian khas EOS VR Utility bagi memproses kandungan video lensa ini.



Lensa Canon yang menarik ini boleh didapati bermula Disember 2021 pada harga USD2,000 (~RM8,375). Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: canon eoscanon rfcanon rf5.2mm f2.8L dual fisheye lens
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Canon umumkan lensa unik, “dwimata” RF5.2mm F2.8L

Canon umumkan lensa unik, “dwimata” RF5.2mm F2.8L

6 October 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN