• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram IGTV dihentikan, semua video dihimpun dalam satu tab

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:35 pm
  • 06/10/2021
  • Komen
Instagram IGTV dihentikan, semua video dihimpun dalam satu tab
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram kini menggabungkan IGTV dan video pendek dalam satu bahagian. Sebelum ini ada satu tab khas untuk IGTV di halaman akaun pengguna, ia akan ditukar kepada Instagram Video. Simbol juga akan bertukar, kebiasaannya pengguna akan lihat simbol seperti TV, kelak ia akan ditukar simbol seperti butang play.

Selain itu, ketika individu sedang menonton video di Instagram, mereka boleh sentuh di mana sahaja pada bahagian video untuk menontonnya dalam skrin penuh. Setelah menonton, mereka kemudian boleh memilih untuk terus scroll bagi menonton video lain kepunyaan pencipta video, atau tekan butang kembali untuk keluar.



Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak akan memberi kesan kepada Reels, ia akan kekal dalam tab berasingan.

Dengan kemaskini ini, pengguna masih boleh muat naik video seperti biasa. Malah, video yang disiarkan ke suapan utama Instagram kini boleh dimuat naik dengan tempoh sehingga 60 minit. Sebelum ini had untuk video biasa adalah 1 minit, manakala IGTV pula maksimum 15 minit.



Instagram mengatakan bahawa perubahan ini akan dilancarkan secara global untuk kedua-dua peranti iOS dan Android. Pastinya selepas ini pengguna akan lebih mudah menonton semua video di akaun Instagram tanpa perlu tekan satu per satu, hanya scroll sahaja.

Namun bagi saya, apabila video dengan tempoh sehingga 60 minit boleh di muat naik ke Instagram, mungkin aplikasi ini akan kelihatan sedikit seperti YouTube, bezanya melalui Instagram pengguna boleh berkongsi gambar. Kebolehan ini mungkin menjadi satu bonus kepada individu yang suka meluangkan masa di Instagram.

[Sumber: TheVerge, TechCrunch]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram IGTV dihentikan, semua video dihimpun dalam satu tab

Instagram IGTV dihentikan, semua video dihimpun dalam satu tab

6 October 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN