• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pixel 6 & 6 Pro akan diumum Google pada 19 Oktober 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:36 pm
  • 06/10/2021
  • Komen
Pixel 6 & 6 Pro akan diumum Google pada 19 Oktober 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Google menjadualkan untuk melancarkan Pixel 6 dan 6 Pro pada 19 Oktober 2021. Undangan sudahpun dihantar kepada mereka yang berkaitan dan laman web tentangnya juga telah dinaikkan. Buat anda yang ingin mengikuti majlis pelancaran itu, tarikhnya jika ditukarkan ke dalam waktu Malaysia ialah 20 Oktober 2021 pada jam 1 pagi.

Rekaannya sudahpun diumumkan terlebih dahulu oleh Google sendiri tanpa memberitahu spesifikasi teknikal. Pada saya, rekaannya cukup segar untuk telefon 2021 berbanding banyak telefon lain yang ada rekaan hampir serupa antara satu sama lain.



  • Google Pixel 6 Pro
  • Google Pixel 6

Seperti biasa, anda boleh jangkakan beberapa naik taraf berbanding Pixel 5. Antara yang hangat diperkatakan ialah SoC yang bakal memperkasakan telefon ini adalah yang direka cipta sendiri oleh Google dan diberi nama Tensor SoC. Sebagai perbandingan, Pixel 5 yang dilancarkan dalam tahun 2020 mengguna pakai cip Snapdragon 765G 5G.

Pixel 6 Pro akan diberikan panel QHD+ sebesar 6.7” dengan refresh rate setinggi 120Hz manakala Pixel 6 diberikan panel FHD+ 6.4” dengan refresh rate 90Hz.



Fizikaliti yang lebih besar bermakna anda boleh harapkan yang kantung tenaganya juga akan turut sama besar. Jika pada Pixel 5 ia cuma sedikit lebih besar daripada 4,000mAh, pada siri Pixel 6 diharapkan Google boleh masukkan sekurang-kurangnya 4,500mAh.

Spesifikasi teknikal yang masih dirahsiakan dengan ketat oleh Google ialah kameranya. Yang kita ada setakat ini ialah kamera utamanya mampu himpun 150% lebih cahaya berbanding sebelumnya yang menunjukkan sama ada ia sensor lebih besar ataupun aperture lebih luas.

Sumber: Google, TheVerge

Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel 6
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Pixel 6 & 6 Pro akan diumum Google pada 19 Oktober 2021

Pixel 6 & 6 Pro akan diumum Google pada 19 Oktober 2021

6 October 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN