• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hampir 13 bilion SMS dihantar sebagai peringatan berkaitan COVID-19 sejak Februari 2020

  • OLEH Najib
  • 12:08 pm
  • 07/10/2021
  • Komen
Hampir 13 bilion SMS dihantar sebagai peringatan berkaitan COVID-19 sejak Februari 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Sekitar 12.7 bilion mesej teks berkaitan COVID-19 telah dihantar menerusi sistem permesejan ringkas (SMS), tanpa kos ditanggung oleh kerajaan sejak Februari 2020. Perkara ini dilaporkan dalam jawapan bertulis kepada parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Abd Latiff Ahmad menyatakan bahawa inisiatif yang bermula pada 26 Februari 2020 ini, telah menghantar sebanyak 335 SMS unik dalam bentuk pesanan khidmat masyarakat (PKM) tentang wabak kepada sekitar 38.6 juta pengguna, sehingga 27 Ogos 2021.



Syarikat telekomunikasi tidak mengenakan sebarang caj untuk perkhidmatan ini kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat, kata Abd Latiff dalam jawapan bertulis beliau.

Jawapan ini sebagai balasan kepada soalan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, yang bertanyakan tentang kos keseluruhan yang diperuntukkan untuk sistem tersebut menghantar mesej kepada pengguna peranti mudah alih sepanjang wabak ini, dari Mac 2020 sehingga Ogos 2021.



Hannah turut meminta kerajaan menyatakan kos, serta pihak yang terlibat dalam proses untuk memutuskan jenis kandungan yang dihantar.

Sejumlah 13 syarikat telekomunikasi terlibat iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, ALTEL, Webe, Tune Talk, Pavocomms, YTL, XOX, Redtone, Red One dan Merchantrade.

Manakala untuk pihak yang terlibat dalam kandungan mesej yang dihantar, Abd Latiff menyatakan bahawa ia adalah keputusan bersama oleh jabatan kerajaan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mesyuarat MKN sepanjang wabak.

Abd Latiff turut menjelaskan lagi, mesej ini disediakan menurut terma perkhidmatan sedia ada SMS, seperti had 160 karakter, tunjuk harga RM0, dan pautan, sebelum maklumat lanjut diperhalusi oleh kementerian berkaitan atau jabatan kerajaan untuk disahkan.

Apabila mesej telah disahkan dan dipersetujui bersama oleh semua pihak, ia akan dihantar kepada semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk disebarkan kepada pelanggan menurut tarikh yang telah ditetapkan.

[Sumber: Malay Mail]

Tags: COVID-19mknSMSVaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Hampir 13 bilion SMS dihantar sebagai peringatan berkaitan COVID-19 sejak Februari 2020

Hampir 13 bilion SMS dihantar sebagai peringatan berkaitan COVID-19 sejak Februari 2020

7 October 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN