• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme perkenal 3 produk TechLife untuk pastikan rumah anda kekal bersih dan kemas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:34 pm
  • 07/10/2021
  • Komen
Realme perkenal 3 produk TechLife untuk pastikan rumah anda kekal bersih dan kemas
Share on FacebookShare on Twitter

Realme terus memperkaya barisan produk pembayaran mereka. Kali ini mereka mengumumkan tiga produk kelengkapan rumah yang boleh membantu anda membersihkan kediaman serta pastikan udara dalam ruang tersebut bersih.

Tiga produk yang diumumkan ialah:



  1. Realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner
  2. Realme TechLife Air Purifier
  3. Relme TechLife Rabot Vacuum

Realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner

Penyedut hampagas ala penyapu ini menyedut pada kekuatan maksimum 0.5kPa. Dengan satu bateri penuh, ia boleh beroperasi selama sehingga 40 minit lamanya.

Apabila menyedut, segala habuk akan melalui penapis HEPA yang boleh dibasuh sekiranya perlu.



Tiga jenis kepala boleh ditukar ganti disediakan bergantung kepada ruang yang ingin dibersihkan. Kepala yang pertama ada roda berputar di bahagian muncung untuk bantu anda menguis habuk-habuk yang melekat di permukaan lantai manakala kepada kedua dilengkapi berus, sesuai untuk pembersihan di bahagian siling rumah. Kepala terakhir ialah yang bermuncung tirus untuk pembersihan ruangan sempit.

Realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner boleh dibeli pada harga RM399 di Lazada untuk waktu terhad, anda boleh dapatkannya pada harga RM349 sahaja.

Realme TechLife Air Purifier

Ini adalah produk pertama seumpamanya dalam penawaran Realme. Ia adalah penapis udara kompak yang boleh membekalkan udara bersih kepada ruang sehingga 419 kaki persegi.Alat ini mampu menembak udara bersih pada kadar 330m3 untuk setiap jam.

Sistem penapisannya terdiri daripada penapis HEPA H12 yang katanya boleh membuang sehingga 99.95% bendasing bersaiz 0.3 mikron dan keatas. Bendasing seperti habuk, debunga, dan lain-lain alergens boleh dibuang daripada udara yang dihidu.

Satu penapis boleh tahan sehingga 2800 jam ataupun hampir 3 bulan sebelum perlu ditukar.

Di bahagian elektronik, penapis ini beroperasi pada paras 46dB dan ada 5 mode pusingan kipas boleh dipilih. Pengguna jug akan dimaklumkan dengan tahap kebersihan udara tempatnya berada.

Realme TechLife Air Purifie ditawarkan pada harga RM499, tapi pada hari pertama penjualannya anda boleh dapatkan penapis ini pada harga RM399 sahaja di Lazada.

Realme TechLife Robot Vacuum

Robot dengan fungsi penyedut hampagas ini sangat berguna untuk menyedut habuk-habuk halus sekitar kediaman secara automatik. Saja menyedut, ia juga ada fungsi mop. Kantung habuknya adalah sebesar 600mL sebelum perlu dikosongkan manakala untuk mengemop, tangka airnya perlu dibeli secara berasingan.

Pembersih hampa gas ini bekerja pada kekuatan maksimum 3000Pa pada paras desibel 55dB.

Seperti kebanyakan robot vakum lain, ia menggunakan teknologi Lidar dan sejumlah sensor lain untuk memetakan lantai rumah dan bergerak sendiri dalam pola paling optimum.

Kalau kehabisan tenaga bateri, ia akan pulang sendiri kepada tapak pengecas tanpa bantuan anda.

Di pihak pengguna, anda boleh lakukan beberapa penetapan ke atas robot ini seperti mewujudkan dinding maya sekiranya tidak mahu robot pergi ke ruangan tertentu. Tetapkan bilakah robot perlu bekerja dan bilakah tidak perlu bekerja.

Realme TechLife Robot Vacuum dijual pada harga RM1,999 di Lazada tapi bilakah ia akan mula dijual tidak pula dimaklumkan.

Tags: Realmerealme techliferealme techlife air purifierrealme techlife robot vacuum
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme perkenal 3 produk TechLife untuk pastikan rumah anda kekal bersih dan kemas

Realme perkenal 3 produk TechLife untuk pastikan rumah anda kekal bersih dan kemas

7 October 2021
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER