• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Twitter uji beri amaran kepada pengguna sebelum balas Tweet panas

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:45 pm
  • 08/10/2021
  • Komen
Twitter uji beri amaran kepada pengguna sebelum balas Tweet panas
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda membalas sebuah tweet dengan niat bergurau, tetapi tanpa disedari Tweet yang anda balas itu adalah serius? Perkara ini menyebabkan anda akhirnya dimarahi oleh pengguna Twitter lain.

Atau, anda pernah membalas sesebuah Tweet dengan pandangan berbeza, lalu menerima banyak kecaman? Adakalanya situasi seperti ini berlaku kerana pengguna tidak peka dengan suasana perbualan sebelum menyertainya.



Oleh itu, Twitter kini menguji pada peranti Android dan iOS sebuah ciri yang akan menunjukkan jika Tweet yang anda ingin sertai itu mempunyai perbualan tegang atau panas. Seperti contoh di dalam gambar melalui Tweet di bawah, pengguna diberi amaran bahawa perbualan dari Tweet yang ditulis oleh Krishnan itu boleh menjadi tegang.

Apabila pengguna ingin membalas tweet itu, 3 peringatan dipaparkan untuk menggalakkan pengguna menghasilkan perbualan berempati dan berdasarkan fakta. Peringatan itu ialah:



  1. Mengingati manusia – Berkomunikasi dengan rasa hormat menjadikan Twitter lebih baik
  2. Fakta penting – Periksa fakta akan membantu semua orang
  3. Perspektif yang pelbagai mempunyai nilai – Mencari perspektif baru dapat memperkuatkan perspektif diri sendiri

Ever want to know the vibe of a conversation before you join in? We’re testing prompts on Android and iOS that give you a heads up if the convo you’re about to enter could get heated or intense.

This is a work in progress as we learn how to better support healthy conversation. pic.twitter.com/x6Nsn3HPu1

— Support (@Support) October 6, 2021

Ini merupakan salah satu usaha Twitter untuk mengurangkan gangguan dan penyalahgunaan berterusan di platform itu. Pengguna juga boleh berwaspada sebelum menulis sesuatu.

Sebelum ini, Twitter ada menguji pelbagai ciri keselamatan lain dengan tujuan yang sama. Contohnya menguji Safety Mod. Ia berfungsi menyekat secara automatik individu yang menulis komen kasar. Seterusnya mereka juga ada mengusahakan kebolehan unmention untuk individu yang terganggu dengan mention yang terlalu banyak. Jika semua ciri ini diwujudkan, sudah tentu kelakuan seperti buli siber dalam kalangan pengguna dapat dikurangkan.

[Sumber: TheVerge]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Twitter uji beri amaran kepada pengguna sebelum balas Tweet panas

Twitter uji beri amaran kepada pengguna sebelum balas Tweet panas

8 October 2021
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER