• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus ROG Phone 5s dikemaskini lebih berkuasa tapi harga kekal sama

  • OLEH Najib
  • 1:06 pm
  • 11/10/2021
  • Komen
Asus ROG Phone 5s dikemaskini lebih berkuasa tapi harga kekal sama
Share on FacebookShare on Twitter

Asus ROG Phone adalah siri telefon pintar berkuasa tinggi yang direka khas untuk pengalaman bermain permainan video tertinggi di telefon pintar. Kini Asus membawa naik taraf kepada ROG Phone 5, dengan melancarkan ROG Phone 5s ke Malaysia.

Pembaharuan yang dibawakan pada ROG Phone 5s adalah penggunaan cip Qualcomm Snapdragon 888+ yang lebih perkasa, serta kadar sentuhan skrin lebih tinggi 360Hz.



Harga Asus ROG Phone 5s

Walaupun dinaik taraf, Asus Malaysia mengekalkan harga yang sama untuk model baru ini. Ia boleh didapati menerusi Stor Asus Mobile di Lazada pada harga berikut:

  • Asus ROG Phone 5s (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,999
  • Asus ROG Phone 5s (RAM 16GB + Storan 256GB) – RM3,799

Tetapi bagi model yang lebih hebat, Asus menggantikan ROG Phone 5 Ultimate dengan nama baru ROG Phone 5s Pro. Ia juga terdapat di Stor Asus Mobile di Lazada pada harga berikut:



  • Asus ROG Phone 5s Pro (RAM 18GB + Storan 512GB) – RM4,999

Aksesori Asus ROG Phone 5s

Bagi menambah pengalaman bermain permainan video yang lebih hebat, Asus menyediakan sebanyak 7 aksesori tambahan yang boleh dibeli berasingan. Senarai aksesori dan harganya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • ROG Kunai Gamepad – RM499
  • Lightning Armor Case – RM199
  • AeroActive Cooler 5 – RM149
  • ROG Clip – RM149
  • ROG Phone 5 Screen Protector – RM79
  • ROG Kunai Bumper – RM69
  • ROG 1.8m USB-C to USB-C cable – RM59

Tempahan awal Asus ROG Phone 5s

Asus Malaysia menyediakan tawaran menarik untuk tempahan awal siri ROG Phone 5s di Malaysia. Berjalan dari 8-24 Oktober 2021, pembeli ROG Phone 5s akan menerima fon kepala ROG Strix Go 2.4 bernilai RM749 secara percuma.

Selain itu, Asus turut memberikan diskaun RM100 jika membeli ROG Phone 5s bersama ROG Clip. baucar RM100 ini akan terhad kepada 1,000 unit sahaja dan akan tamat tempoh sah pada 30 November 2021. Baucar ini boleh digunakan di Stor Rasmi Asus PayLater Mall.

Manakala dari 25-31 Oktober 2021, Asus mengadakan promosi PayLater di mana orang ramai boleh membeli ROG Phone 5s dengan ansuran selama 12-bulan tanpa caj. Pada asalnya, ia menyediakan 4-bulan ansuran tanpa caj dan promosi PayLater ini menambah 8-bulan lagi, menjadikan jumlah ansuran tanpa caj kepada 12-bulan.

Spesifikasi Asus ROG Phone 5s

Telefon pintar gaming Asus ini menerima naik taraf iaitu penggunaan cip Snadpragon 888+ bersama RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Skrin AMOLED HD Penuh berukuran 6.78-inci 144hz masih digunakan, kini dinaik taraf kadar sentuhan kepada 360hz.

Di belakang, ia menggunakan tiga kamera iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera makro 5MP. Di hadapan pula, ia dipasang kamera 24MP yang terletak di atas bingkai bagi memberikan skrin penuh tanpa takuk dan lubang. Logo Asus ROG Aura Lighting juga masih kekal ada di belakangnya.

Sistem bunyi stereo yang menembak ke hadapan digunakan dan jek audio 3.5mm juga masih kekal. Menambah pengalaman hebat bermain game di telefon ini adalah butang bahu ultrasonik ROG AirTrigger.

Tenaga disalurkan daripada bateri 6,000mAh yang boleh dicas menerusi port USB-C yang terdapat di bawah dan sisi telefon. Ia menyokong pengecasan pantas 65W yang boleh mengecas penuh dalam masa kurang sejam.

Terdapat dua warna disediakan untuk ROG Phone 5s iaitu hitam dan putih.

Spesifikasi Asus ROG Phone 5s Pro

Menampilkan spesifikasi dan rupa yang hampir serupa dengan ROG Phone 5 Ultimate, model baru ROG Phone 5s Pro kini datang bersama RAM LPDDR5 sebanyak 18GB dan storan UFS 3.1 512GB. Keunikan pada telefon ini adalah ROG Vision di belakang, skrin kecil yang boleh menunjukkan notifikasi.

Selain butang bahu, model Pro ini juga memiliki butang sentuh tambahan di belakang telefon, berfungsi seperti butang L2/R2. Warna pula hanya ada satu iaitu hitam dan ia datang bersama kiaps penyejuk AeroActive cooler di dalam kotak.

Tags: asusAsus ROG phone 5sROG Phone 5s
Najib

Najib

POPULAR

Asus ROG Phone 5s dikemaskini lebih berkuasa tapi harga kekal sama

Asus ROG Phone 5s dikemaskini lebih berkuasa tapi harga kekal sama

11 October 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER