• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix mahu lancar telefon berkamera periskop dan laptop berkuasa yang amat mampu milik

  • OLEH Najib
  • 11:42 am
  • 11/10/2021
  • Komen
Infinix mahu lancar telefon berkamera periskop dan laptop berkuasa yang amat mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda belum pernah dengar, Infinix adalah satu jenama peranti pintar yang membawakan produk amat mampu milik. Mereka telah menjual telefon pintar di Malaysia dan tidak lama lagi, akan membawakan produk yang lebih menarik ke pasaran Malaysia.

Pada 14 Oktober 2021, Infinix Malaysia akan melancarkan dua produk baru mereka iaitu telefon pintar Infinix Zero X Neo dan komputer riba Infinix InBook X1. Orang ramai boleh mendapatkan barisan produk baru Infinix ini di Stor Rasmi Infinix di Shopee pada hari tersebut. Manakala mulai 29 Oktober 2021, ia akan boleh dibeli di Stor Rasmi Infinix di Lazada.



Harga jualan untuk produk baru Infinix ini adalah seperti berikut:

Infinix Zero X Neo (RAM 8GB + storan 128GB) – RM899

Infinix InBook X1 (Core i3 + RAM 8GB + SSD 256GB) – RM1,999
Infinix InBook X1 (Core i5 + RAM 8GB + SSD 512GB) – RM2,499
Infinix InBook X1 Pro (Core i3 + RAM 16GB + SSD 512GB) – RM3,099

Spesifikasi Infinix Zero X Neo

Telefon pintar ini menampilkan kamera yang tidak akan dapat ditemui di bawah RM1,000 iaitu kamera periskop. Ini membolehkan ia memberikan keupayaan zum optikal 5x dan zum hibrid 60, melalui lensa periskop 8MP f3.4 lenkap dengan penstabil OIS.



Tetapi Infinix tidak memasang lensa ultra lebar di Zero X Neo. Tiga kamera belakangnya adalah kamera utama 48MP f1.79, kamera hitam putih 2MP F2.4 dan kamera periskop. Bersama modul kamera ini adalah 4 lampu kilat LED. Di hadapan, ia dipasang kamera 16MP di dalam lubang di dahi skrin.

Untuk prestasi, Infinix Zero X Neo dikuasakan cip Mediatek Helio G95, bersama RAM 8GB dan storan UFS 2.2 128GB. Ia juga menerima kad mikroSD sehingga 512GB.

Skrin LCD 90Hz dipasang di hadapannya, berukuran 6.78-inci dengan resolusi HD Penuh. Baterinya sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C.

Spesifikasi Infinix InBook X1

Infinix menyertai pasaran komputer riba dengan menawarkan prestasi tinggi dan harga amat mampu milik menerusi InBook X1. Kuasa Intel Core-i generasi ke-10 menjadi tunjang dengan pilihan antara Core i3, Core i5 dan pilihan tertinggi Core i7 yang bergandingan dengan VPU Intel Iris Plus. RAM pula dari jenis LPDDR4x sehingga 16GB bersama storan SSD sehingga 512GB.

Badan InBook X1 diperbuat daripada aluminium gred pesawat, memberikan beratnya hanya 1.48kg. Terdapat tiga warna disediakan antara kelabu, merah dan hijau.

Skrin berukuran 14-inci dipasang pada InBook X1, jenis IPS LCD 16:9 dengan resolusi HD penuh. Ia menawarkan kecerahan setinggi 300nits dengan bezel nipis yang turut memuatkan kamera web di bingkai atas. Menariknya, laptop ini memiliki butang fizikal untuk mematikan kamera web, bagi yang mahukan perlindungan lebih privasi.

Infinix turut melengkapkan InBook X1 dengan port yang banyak iaitu 1 port USB-C yang menyokong pengecasan 65W, 1 port USB-C data, 2 port USB 3.0, 1 port USB 2.0, 1 port audio 3.5mm, 1 port HDMI dan 1 slot kad mikroSD. Ia juga ada 1 sambungan kuasa DC khas.

Tags: InfinixInfinix InBook X1Infinix Zero X Neo
Najib

Najib

POPULAR

Infinix mahu lancar telefon berkamera periskop dan laptop berkuasa yang amat mampu milik

Infinix mahu lancar telefon berkamera periskop dan laptop berkuasa yang amat mampu milik

11 October 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER