• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 50 dengan Google boleh diguna akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:57 pm
  • 12/10/2021
  • Komen
Honor 50 dengan Google boleh diguna akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia akhirnya akan melancarkan telefon pintar baru mereka, yang dilengkapi perkhidmatan Google. Telefon pintar tersebut adalah Honor 50 dan Malaysia adalah pasaran pertama ia di luar China.

Pelancaran Honor 50 di Malaysia akan diadakan secara maya, pada hari Isnin 18 Oktober 2021. Ia akan bersiaran secara langsung pukul 8 malam dan boleh ditonton orang ramai di YouTube Honor Malaysia dan Facebook Honor Malaysia.



Honor juga telah mengumumkan bahawa peranti akan tersedia di Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee, serta di kedai-kedai Senheng. Hadiah menarik akan disediakan untuk pembeli Honor 50 di Malaysia.

Dari laman rasmi Honor 50 Malaysia, ia menyenaraikan dua varian iaitu RAM 6GB dan storan 128GB, serta RAM 8GB dan storan 256GB. Terdapat empat warna disediakan iaitu Honor Code (dengan teks Honor menghiasi badan), hitam, hijau dan putih bergemerlapan bak bintang di malam hari.



Semasa pelancaran di China, terdapat tiga model Honor dilancarkan iaitu Honor 50 SE, Honor 50 dan Honor 50 Pro. Dari poster dan iklan video yang disiarkan Honor Malaysia, mungkin hanya satu model akan dilancarkan di Malaysia, iaitu Honor 50.

Spesifikasi Honor 50

Prestasi di Honor 50 digerakkan oleh cip Snadpragon 778G, bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Skrinnya melengkung di sisi, sebesar 6.57-inci AMOLED 120Hz HD penuh serta pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W. Speaker hanya mono dan tiada jek audio 3.5mm tetapi Honor dijangka memberi fon telinga USB-C di dalam kotak.

Kamera belakang ada empat iaitu kamera utama 108MP F1.9, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan hanya satu, dengan sensor 32MP di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Honor 50 akan menggunakan sistem operasi Magic UI 4.2 berasaskan Android 11. Adakah semua perkhidmatan Google akan berjalan lancar di peranti Honor 50? Kita tunggu dan lihat tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan

Siri Honor 50 dilancar di China dan akan dijual di pasaran antarabangsa
Honor 50 sah akan kembali menggunakan Google Mobile Services
Siri Magic 3 adalah telefon termahal Honor dengan kuasa terhebat Snapdragon 888+ & zum kamera 100x
Tags: honorHonor 50
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor 50 dengan Google boleh diguna akan dilancar di Malaysia

Honor 50 dengan Google boleh diguna akan dilancar di Malaysia

12 October 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER