• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp akan benarkan pilih jenis salinan untuk kawal saiz storan

  • OLEH Najib
  • 12:35 pm
  • 18/10/2021
  • Komen
WhatsApp akan benarkan pilih jenis salinan untuk kawal saiz storan
Share on FacebookShare on Twitter

Kebolehan WhatsApp membenarkan salinan perbualan dan media disimpan di storan awan sangat memudahkan pengguna, terutama sekali jika telefon tiba-tiba rosak atau bertukar ke telefon baru sangat mudah. Malah, salinan ke storan awan seperti Google Drive tidak dikira di dalam kuota storan, jadi boleh dimuat naik tanpa had.

WhatsApp kini dilihat sedang menguji pilihan untuk muat naik salinan ke storan awan. Buat masa sekarang, WhatsApp akan memuat naik semua perbualan dan media termasuk gambar dan audio, kecuali video di mana ia boleh dipilih untuk dibuat salinan atau tidak.



Dalam WhatsApp Beta 2.21.21.7 untuk Android, WABetaInfo menemui terdapatnya pilihan ‘Manage Backup Size’ untuk muat naik salinan ke Google Drive. Dalam pilihan ini, ia menyenaraikan jenis dan saiz salinan, dan boleh memilih untuk memuat naik atau tidak gambar, audio, video, dokumen dan lain-lain media ke Google Drive. Bagi tetapan dan perbualan, ia tidak boleh dipilih dan wajib dimuat naik.

Kesediaannya di dalam versi Beta menunjukkan bahawa WhatsApp sedia memperkenalkan kepada pengguna tidak lama lagi. Tetapi bila ia akan tersedia untuk versi stabil, masih belum diketahui.



Bagaimanapun, langkah WhatsApp untuk menguji ciri ini mungkin sebagai persediaan untuk menghadkan saiz muat naik ke Google Drive. Perkara ini tidak mengejutkan kerana Google telah berhenti memberi salinan tanpa had di Google Photos pada Jun lepas, dan WhatsApp mungkin adalah sasaran seterusnya.

Ada khabar angin menyatakan Google masih akan memberi ruang percuma untuk salinan WhatsApp di Drive tetapi dihadkan kepada 2GB sahaja. Jika lebih, ia akan dikira dari kuota storan Drive.

Dari satu sudut, tetapan ini akan memudahkan pengguna untuk menyimpan salinan di storan awan. Tetapi ia juga boleh menandakan berakhirnya ruang salinan percuma tanpa had untuk WhatsApp.

[Sumber: Sammobile, WABetaInfo]

Bacaan Berkaitan

Tiada lagi storan Google Photo percuma, ini salah satu penyelesaian yang anda ada
Google pancing pengguna untuk langgan storan awannya dengan cara keji ini
Google Photos kini sedia kebolehan sunting video di peranti Android
Tags: google drivewhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp akan benarkan pilih jenis salinan untuk kawal saiz storan

WhatsApp akan benarkan pilih jenis salinan untuk kawal saiz storan

18 October 2021
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN