• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM200 siri Xiaomi 11T di 10 kedai Xiaomi Store baru

  • OLEH Najib
  • 5:37 pm
  • 18/10/2021
  • Komen
Diskaun RM200 siri Xiaomi 11T di 10 kedai Xiaomi Store baru
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini mengumumkan akan membuka 10 kedai Xiaomi Store baru di Semenanjung Malaysia. Selain itu, mereka juga melancarkan pusat khidmat baharu di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Kesemua kedai dan pusat khidmat baharu ini akan mula beroperasi pada 23 Oktober 2021.

Kedai Xiaomi Store baru ini akan menawarkan pelbagai produk IoT dan aksesori Xiaomi, termasuk telefon pintar. 10 lokasi kedai baru ini terletak di:



  1. Sunway Velocity, Kuala Lumpur
  2. KL East Mall, Kuala Lumpur
  3. Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Selangor
  4. Alor Star Mall, Kedah
  5. Kulim Central, Kedah
  6. Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
  7. Prangin Mall, Pulau Pinang
  8. Lotus Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang
  9. AEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor
  10. Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, Muar, Johor

Dengan ini, Xiaomi memiliki 47 kedai di seluruh Malaysia. Xiaomi juga merancang untuk membuka sehingga 300 kedai Xiaomi Store di masa akan datang.

Promosi pembukaan

Untuk menarik kedatangan pelanggan di pusat khidmat baru di Mid Valley Megamall, Xiaomi menyediakan diskaun sebanyak 50% bayaran upah untuk baik pulih telefon pintar Xiaomi yang telah tamat tempoh jaminan, antara 23-31 Oktober 2021. Selain itu, 50 pelanggan pertama akan turut menerima hadiah eksklusif, berupa set cawan Xiaomi edisi terhad.



Sempena pembukaan kedai baru pula, Xiaomi Malaysia menawarkan beberapa promosi untuk pembelian di dalam kedai. Promosi ini berjalan selama 3 hari, dari 23-25 Oktober 2021.

Tetapi khas untuk siri Xiaomi 11T yang baru dilancarkan, Xiaomi memberi diskaun RM200 pada 23 Oktober 2021 di 10 kedai Xiaomi Store baru. Diskaun RM200 ini terhad kepada 50 unit pertama di setiap cawangan terbaru Xiaomi Store.

Senarai penuh promosi di 10 kedai Xiaomi Store baru ini adalah seperti berikut:

  • Xiaomi 11T (8GB+128GB) – RM1,699 RM 1,499
  • Xiaomi 11T (8GB+256GB) – RM1,899 RM 1,699
  • Xiaomi 11T Pro (8GB+256GB) – RM2,099 RM1,899
  • Xiaomi 11T Pro (12GB+256GB) – RM2,299 RM2,099
  • Mi TV P1 43″ – RM1,799 RM 1,499
  • Mi TV P1 55″ – RM2,499 [PERCUMA Pek hadiah AIoT bernilai RM 566]
  • Mi TV Q1 75″ – RM7,999 [PERCUMA Pek hadiah AIoT bernilai RM 566 + Mi Air Purifier Pro H bernilai RM 1,199]
  • Mi Smart Band 6 – RM189 RM169
  • Mi Watch – RM469 RM429
  • Mi Watch Lite – RM249 RM219
  • Mi Hair Dryer H300 – RM129 RM29.90 [PERCUMA beg Hair Dryer]
  • Mi Robot Vacuum-Mop P – RM1,399 RM1,199 [PERCUMA Side Brush bernilai RM 30]

Pada 23 Oktober, 1PM terhad 20 unit:

  • 10,000mAh Redmi Power Bank – RM79 RM9.90

Pada 23 Oktober, 1PM terhad 10 unit

  • Mi City Sling Bag – RM79 RM9.90

Pada 23 Oktober, 1PM terhad 10 unit

  • Mi Bluetooth Selfie Stick – RM88 RM9.90

Bacaan Berkaitan

Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Xiaomi Malaysia lancar Mi TV Q1, TV pintar premium 4K 120Hz QLED bersaiz 75-inci
TV pintar Mi TV P1 dilengkapi Android TV kini rasmi di Malaysia
Mi Band 6 ditawarkan dengan diskaun untuk pembeli terawal
Tags: xiaomiXiaomi 11TXiaomi Store
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM200 siri Xiaomi 11T di 10 kedai Xiaomi Store baru

Diskaun RM200 siri Xiaomi 11T di 10 kedai Xiaomi Store baru

18 October 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER