• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 11T & Xiaomi 11T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:11 pm
  • 23/09/2021
  • Komen
Xiaomi 11T  & Xiaomi 11T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini melancarkan secara rasmi siri Xiaomi 11T di Malaysia. Terdapat dua model dalam siri ini iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro.

Kedua- dua telefon ini berkongsi skrin dan kamera ‘Cinematic‘ yang serupa, tetapi dengan kuasa pemproses yang berbeza. Tetapi ketibaannya di Malaysia menjadi peranti dengan kuasa terbaik Snapdragon 888 termurah di Malaysia.



Harga jualan dan hadiah percuma

Kali ini terdapat dua varian dijual di Malaysia untuk kedua-dua model, dengan RAM sehingga 12GB. Boleh dikatakan, ini adalah peranti dengan RAM 12GB antara termurah boleh dibeli di Malaysia.

Harga rasmi untuk siri Xiaomi 11 T di Malaysia adalah seperti berikut:



Xiaomi 11T (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,699
Xiaomi 11T (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,899

Xiaomi 11T Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,099
Xiaomi 11T Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,299

Sebagai promosi, tempahan awal dari 23 – 29 September di kedai Mi Store, Stor Xiaomi Lazada dan Stor Xiaomi Shopee, untuk varian tertinggi Xioami 11T dan 11T Pro, akan menerima hadiah percuma bernilai RM688 iaitu:

Mi Watch Lite, Mi True Wireless Earphones 2 Basic, Jaminan tambahan tahun ke-2 & Gantian keretakan skrin 1-kali dalam 6 bulan pertama

Selain itu, semua pembeli siri Xiaomi 11T berpeluang menyertai cabutan bertuah, yang menyediakan hadiah bernilai RM1,799 iaitu TV Pintar Mi TV P1 43″. Peraduan ini diadakan antara 2-4 Oktober 2021. Nantikan pengumuman lanjut daripada Xiaomi Malaysia tentang cara menyertainya.

Spesifikasi

Xiaomi 11T dikuasakan cip terbaik Mediatek, Dimenstiy 1200 Ultra. Ia hadir dengan kamera utama 108MP, kamera ultralebar 8MP, kamera telemakro 5MP dan kamera hadapan 16MP.

Skrinnya kini jenis AMOLED 120Hz HD Penuh, berukuran 6.67-inci dan dilapisi kaca Corning Gorilla Victus. Tetapi pengimbas capjari masih di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Bateri 5,000mAh di dalamnya menyokong pengecasan pantas 67W dan kepala pengecas disertakan di dalam kotak. Sistem bunyi stereo oleh Harman Kardon, dipasang dengan tembakan bunyi ke tepi oleh kedua-keduanya.

Xiaomi 11T Pro pula menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 888, bersama RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 256GB.

Versi Pro ini berkongsi kamera dan skrin yang sama dengan model biasa. Bateri juga 5,000mAh tetapi ia menyokong pengecasan lebih pantas Xiaomi HyperCharge 120W. Boleh mengecas dari 0-100% dalam masa 17 minit sahaja.

Xiaomi turut menjamin kemaskini lebih lama untuk siri Xiaomi 11T, sehingga 3 kali naik taraf sistem operasi Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan. Terdapat 3 warna disediakan untuk siri Xiaomi 11T iaitu kelabu, putih dan biru.

Walaupun harganya naik sedikit dari siri Mi 10T, naik taraf pada Xiaomi 11T adalah berbaloi. Seperti skrin AMOLED dan speaker stereo menembak ke tepi.

Jika anda mahu membeli, dapatkannya segera dalam tempoh tempahan awal dan terima hadiah percuma serta berpeluang memenangi TV pintar 43-inci.

Tags: xiaomiXiaomi 11TXiaomi 11T Pro
Najib

Najib

POPULAR

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022
Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

20 Mei 2022
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

19 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER