• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 50 dengan GMS tiba di Malaysia, hadiah bernilai RM550 untuk tempahan awal

  • OLEH Najib
  • 11:24 am
  • 19/10/2021
  • Komen
Honor 50 dengan GMS tiba di Malaysia, hadiah bernilai RM550 untuk tempahan awal
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Honor kini kembali dengan sistem Google Mobile Services boleh digunakan di dalamnya. Malaysia juga telah terpilih sebagai pasaran pertama untuk Honor 50 ini dilancarkan di luar China, setelah Honor berpisah dengan Huawei.

Honor 50 menampilkan kuasa kelas pertengahan dengan fokus utama pada kamera untuk untuk kegunaan vlogging.



Harga Rasmi

Terdapat dua varian Honor 50 yang dijual di Malaysia dengan harga rasmi berikut:

  • Honor 50 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,699
  • Honor 50 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,999

Bagi varian 128GB, ada dua warna boleh dipilih iaitu hitam dan warna eksklusif Honor Code. Manakala varian 256GB disediakan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan hijau.



Tempahan awal

Peminat Honor boleh membuat tempahan awal Honor 50 mulai 18 hingga 24 Oktober 2021. Honor menyediakan hadiah percuma bernilai sehingga RM550 untuk tempahan awal berupa:

  • Honor 50 128GB: PERCUMA Sarung Tali Tangan, Jaminan Lanjutan Tahun ke-2
  • Honor 50 256GB: PERCUMA Honor Earbuds 2 Lite, Sarung Tali Tangan, Jaminan Lanjutan Tahun ke-2

Tempahan awal boleh dibuat di Stor Online Honor Malaysia, Lazada dan Shopee, serta di pengedar sah Honor. Semak senarai pengedar sah Honor di sini.

Spesifikasi

Prestasi di Honor 50 digerakkan oleh cip Snadpragon 778G, bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Skrinnya melengkung di sisi, sebesar 6.57-inci AMOLED 120Hz HD penuh serta pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W. Speaker hanya mono dan tiada jek audio 3.5mm tetapi Honor dijangka memberi fon telinga USB-C di dalam kotak.

Kamera belakang ada empat iaitu kamera utama 108MP F1.9, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan hanya satu, dengan sensor 32MP di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Honor 50 akan menggunakan sistem operasi Magic UI 4.2 berasaskan Android 11. Ia juga memiliki Google Mobile Services, menyediakan stor aplikasi Google Playstore serta boleh memasang semua aplikasi Google tanpa sekatan.

Bacaan Berkaitan

Siri Honor 50 dilancar di China dan akan dijual di pasaran antarabangsa
Honor 50 sah akan kembali menggunakan Google Mobile Services
Honor MagicBook 15 diperbaharui kuasa Ryzen 5 55500U ada diskaun RM200 untuk pembeli terawal
Tags: honorHonor 50
Najib

Najib

POPULAR

Honor 50 dengan GMS tiba di Malaysia, hadiah bernilai RM550 untuk tempahan awal

Honor 50 dengan GMS tiba di Malaysia, hadiah bernilai RM550 untuk tempahan awal

19 October 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN