• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peminat AMD perlu dapatkan nombor plat Perak ini

  • OLEH Najib
  • 9:43 pm
  • 23/10/2021
  • Komen
Peminat AMD perlu dapatkan nombor plat Perak ini
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat dunia komputer pasti mengenali nama AMD, pengeluar CPU Ryzen dan GPU Radeon yang terkemuka di dunia. Jika anda kipas susah mati AMD, maka anda perlu mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan Perak yang akan dibuka bidaan tidak lama lagi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan bahawa nombor plat AMD, boleh dibida dalam talian mulai hari Isnin, 25 Oktober sehingga 29 Oktober 2021. Nombor boleh dipilih antara 1-9999 dan bidaan boleh dibuat menerusi portal JPJ eBid.



Pembayaran di portal ini hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan bank tempatan sahaja. Kad yang diterima adalah jenis Visa, MasterCard dan Amex.

Sebarang persoalan berkaitan boleh diajukan kepada JPJ perak menerusi talian hotline 05-5470000 sambungan 602/607, pada hari bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang.



Untuk membuat bidaan, ada jumlah minima bergantung kepada kategori nombor. Nombor bernilai utama dikenakan bidaan minima RM20,000 dan kenaikan bidaan ialah RM1,000. Nombor-nombor menarik pula, seperti 11, 88, 555, 888, 8888, 9999, bidaan bermula dari RM3,000 dengan kenaikan setiap RM150.

Manakala nombor popular seperti 80, 181, 787, 808, 1010, 8008, 8899, 9988, bermula dari RM800 dan kenaikan setiap RM40. Nombor lain yang tidak termasuk dalam kategori tadi, boleh dibida dari RM300 dan kenaikan setiap RM15.

Kalau anda berjaya dalam bidaan, anda ada masa selama 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan, untuk mendaftar kenderaan. Jika gagal melakukannya, tawaran ini terbatal dan bayaran tidak akan dipulangkan. Bagi yang tidak berjaya, wang akan dipulangkan dalam bentuk draf bank atau kiriman wang.

Pada bulan Februari lepas, nombor plat siri KFC telah diadakan bidaan dalam talian. Sebanyak 3,188 bidaan telah dikemukan dan JPJ mengutip lebih RM2.1 juta daripadanya. Bidaan tertinggi adalah KFC 7 iaitu RM52,000. KFC turut sama menyertai kemeriahan ini dengan menawarkan pinggan KFC bernombor 11, dengan harga permulaan dari RM11.

[Sumber: JPJ]

Bacaan Berkaitan

Ini peluang peminat abadikan nombor pendaftaran KFC di kenderaan
Miliki satu-satunya pinggan KFC Original Plate di dunia, bida dibuka kepada umum bermula RM11
Denda dan penjara menanti pengguna e-skuter di tempat yang tak sepatutnya
Tags: amdJPJ
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Peminat AMD perlu dapatkan nombor plat Perak ini

Peminat AMD perlu dapatkan nombor plat Perak ini

23 October 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN