• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini peluang peminat abadikan nombor pendaftaran KFC di kenderaan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:57 pm
  • 16/02/2021
  • Komen
Ini peluang peminat abadikan nombor pendaftaran KFC di kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

Penggemar restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) boleh menonjolkan minat kepada jenama itu dengan menukar nombor kenderaan anda kepada ‘KFC’. Ianya tidak mustahil, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah membuka tender bidaan nombor pendaftaran KFC kepada umum.

Tender tersebut dibuka selama lima hari sahaja, bermula 13 Februari 2021, Sabtu dan akan berakhir pada jam 11.59 malam 17 Frebruari 2021 bersamaan hari Rabu.



Menurut Timbalan Pengarah JPJ Kedah, Abdul Tolib Ahmad, nombor pendaftaran itu dijangka akan menarik perhatian ramai berikutan ia sinonim dengan jenama popular restoran makanan segera.

Selain itu, mereka juga menyasarkan kutipan bidaan nombor pendaftaran KFC bakal melonjak melebihi RM1 juta. Tender nombor siri 2 hingga 9999 dibuka kepada orang ramai untuk dibida bagi membolehkan perkataan istimewa KFC diabadikan pada kenderaan mengikut perundangan.



Cara bida

Bidaan siri pendaftaran KFC boleh dibuat menerusi laman sesawang Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid). Sekiranya anda berminat, anda boleh log masuk laman sesawang itu atau mendaftar akaun baru sekiranya belum pernah mendaftar.

Selain itu, anda juga boleh muat turun aplikasi JPJeBid di telefon pintar masing-masing. sama ada melalui Apple Store atau Play Store.

Keputusan bidaan akan di umum pada 18 Februari iaitu 24 jam selepas tempoh bidaan ditutup.


[Sumber: JPJ, SH]

Tags: JPJKFC
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ini peluang peminat abadikan nombor pendaftaran KFC di kenderaan

Ini peluang peminat abadikan nombor pendaftaran KFC di kenderaan

16 February 2021
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN