• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom menawarkan peranti Aqara Smart Home untuk pelanggan Home Broadband

  • OLEH Najib
  • 12:08 pm
  • 27/10/2021
  • Komen
Celcom menawarkan peranti Aqara Smart Home untuk pelanggan Home Broadband
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin ramai pengguna di Malaysia menggunakan peranti pintar di rumah. Celcom kini turut menawarkannya menerusi jenama Aqara, untuk pelanggan Celcom.

Peranti Aqara Smart Home boleh ditambah oleh pengguna yang telah melanggan Celcom Home Fibre, Home Wireless dan Celcom Max. Setiap peranti boleh dibeli diskaun atau lebih penjimatan dengan membeli set, bermula dari RM400.



Set permulaan datang dengan Aqara Camera Hub G2H, Window & Door Sensor dan LED Light Bulb berharga RM400, penjimatan sebanyak RM187. Jika anda mendapatkan set 9-unit iaitu Smart Wall Switch D1, Wireless Mini Switch, Motion Sensor, Water Leak Sensor, Vibration Sensor, dan Temperature & Humidity Sensor, ia berharga RM800, penjimatan sebanyak RM381. Set paling mahal berharga RM1,900 menambah Smart Door Lock N100e, memberi penjimatan sebanyak RM780.

Bagi menggunakan semua peranti Aqara ini, ia memerlukan Aqara Camera Hub G2H untuk beroperasi, kecuali Smart Door Lock N100e. Kamera pintar ini boleh merakam video 1080p dengan sudut pandang seluas 140-darjah dan turut serasi digunakan bersama Apple HomeKit, Google Assistant dan Amazon Alexa.



Menurut ruangan solan lazim FAQ, tambahan ini boleh dibeli di mana-mana cawangan Celcom Bluecube dan ia akan dihantar ke rumah secara percuma. Jika tidak mahu membayar jumlah penuh sekaligus, Celcom turut menyediakan ansuran bulanan 12 atau 24 bulan, dengan kad kredit Maybank, CIMB dan HSBC.

Semua peranti Aqara datang dengan jaminan selama 1 tahun dan ia diedarkan oleh Bellicose (M) Sdn Bhd. FAQ turut menyatakan bahawa jika anda membeli Smart Door Lock N100e, juruteknik akan datang untuk menghantar dan memasangnya.

Untuk mengetahui tentang produk Aqara, anda boleh merujuknya di katalog ini. Tawaran Celcom ini boleh dirujuk di laman web Celcom Smart Home Devices.

Bacaan Berkaitan

Celcom Max, gabungan pelan jalur lebar dengan diskaun selama-lamanya
Celcom Max, hanya 1 bil untuk internet di rumah dan mudah alih dengan penjimatan seumur hidup
Celcom Home Fibre ada pelan baru 300Mbps & 500Mbps dengan diskaun selama 3-bulan
Tags: Aqaracelcom
Najib

Najib

POPULAR

Celcom menawarkan peranti Aqara Smart Home untuk pelanggan Home Broadband

Celcom menawarkan peranti Aqara Smart Home untuk pelanggan Home Broadband

27 October 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN