• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom Max, gabungan pelan jalur lebar dengan diskaun selama-lamanya

  • OLEH Najib
  • 11:43 am
  • 01/04/2021
  • Komen
Celcom Max, gabungan pelan jalur lebar dengan diskaun selama-lamanya
Share on FacebookShare on Twitter

Laman web Celcom dilihat telah memuat naik satu tawaran baru, dipanggil sebagai Celcom Max. Ia menggabungkan jalur lebar Celcom Home Fibre dan pascabayar Celcom Mega dalam satu bil.

Celcom Max bukan sahaja menawarkan diskaun RM21/bulan untuk seumur hidup, tetapi juga menyediakan pilihan untuk pengguna menerima sepasang router Mesh WiFi secara percuma.



Pakej Celcom Max

Terdapat tiga pakej disediakan di bawah Celcom Max yang menggabungkan pascabayar Celcom Mega bersama pelan Celcom Home Fibre berbeza. Paling murah adalah pelan Celcom Home Fibre 100Mbps dan Celcom Mega RM80, berharga hanya RM179/bulan selepas diskaun RM21.

Seterusnya adalah pelan Celcom Home Fibre 300Mbps dan Celcom Mega RM80 berharga RM199/bulan. Tawaran tertinggi adalah pelan Celcom Home Fibre 500MBps dan Celcom Mega RM80, dikenakan kadar RM259/bulan sahaja.



Pelan pascabayar Celcom Mega RM80 memberi data berkelajuan tinggi sebanyak 40GB bersama panggilan tanpa had. Manakala pelan Celcom Home Fibre disediakan dengan kuota tanpa had, mengikut kelajuan yang dilanggan. Bagi pelan 100Mbps dan 300Mbps, ia diberi kelajuan muat naik 50Mbps. Manakala pelan 500Mbps pula datang dengan kelajuan muat naik 100Mbps.

Untuk capaian WiFi lebih luas, Celcom turut menawarkan Celcom Mesh WiFi. Ia diberikan secara percuma untuk pelan Celcom Home Fibre 500Mbps. Bagi pelan 100Mbps dan 300Mbps, pelanggan boleh mendapatkan router Mesh WiFi 6 pada kadar RM25/bulan.

Dari laman web Celcom, Mesh Wifi yang ditawarkan kelihatan seperti jenama TP-Link Deco X20 yang menyokong WiFi 6. Menurut Celcom, ia boleh menghubungkan sehingga 150 peranti dan pengguna boleh menikmati capaian WiFi yang lebih luas, stabil dan laju. Sepasang nod Mesh WiFi boleh memberi liputan optimum di dalam rumah sekitar 3,000 ke 4,000 kaki persegi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, layari laman web Celcom Max.

Tags: celcomCelcom Home FibreCelcom Maxcelcom mega
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Celcom Max, gabungan pelan jalur lebar dengan diskaun selama-lamanya

Celcom Max, gabungan pelan jalur lebar dengan diskaun selama-lamanya

1 April 2021
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER