• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GoPro perkenal bateri “Enduro” dan firmware baharu untuk selesaikan masalah panas Hero 10

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:28 pm
  • 28/10/2021
  • Komen
GoPro Hero9 Black kini RM200 lebih murah dalam tempoh terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun ia adalah kamera aksi terhangat masa ini, isu pemanasan sewaktu merakam adalah yang sering diperkatakan dalam pengguna GoPro Hero 10 Black. Pengeluarnya mengambil maklum akan perkara tersebut dan ada dua berita baik tentang bateri Hero 10 telah diumumkan.

Firmware v1.15 untuk Hero 10 Black

Tak lama lagi, anda boleh periksa kamera masing-masing untuk kemas kini baharu yang membawakan tiga mode rakaman:



  1. Maximum Video Performance – mode yang boleh anda gunakan untuk dapatkan video pada kualiti paling tinggi mampu dirakamkan.
  2. Extended Battery – resolusi dan frame rate video dioptimumkan bersama-sama dengan penggunaan bateri
  3. Tripod / Stationary Video – mode yang dikhaskan untuk rakaman secara kamera pegun. Dalam mode ini, HyperSmooth dan GPS dimatikan kerana tidak diperlukan.

Melalui ujian dalaman, berikut adalah hayat bateri dalam mode Tripod / Stationary dan diuji dalam persekitaran 25°C:

  • 5.3K60 – +47% lebih lama daripada biasa
  • 5.3K30 – +11% lebih lama daripada biasa
  • 4K120 – 52% lebih lama daripada biasa
  • 4K60 – 154% lebih lama daripada biasa
  • 4K30 – 35% lebih lama daripada biasa.

Bateri Enduro untuk GoPro Hero 10 Black dan Hero 9 Black

Pengguna yang merakam dalam persekitaran ekstrim, GoPro ada bateri khas untuk anda. Pada USD25 (~RM103), bateri yang dipasarkan ini tahan lasak dalam suhu -10°C untuk kegunaan sukan bersalji dan sebagainya.



Kalau anda gunakannya dalam keadaan biasa sekalipun, hayat bateri dimaklumkan akan lebih panjang. Melalui ujian dalaman, kesan bateri Enduro kepada kamera adalah:

  • 5.3K60 – 28% lebih lama daripada bateri biasa
  • 4K120 – 40% lebih lama daripada bateri biasa
  • 4K60 – 13% lebih lama daripad abateri biasa
  • 1080p30 – rakaman sehingga 120 minit

Sumber: GoPro

Bacaan Berkaitan

GoPro Hero 10 Black: Maklumat penjualannya di Malaysia
Firmware baru GoPro Hero ini jadikan kamera anda webcam
Tags: gopero hero 10 blackGoProgopro hero
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
GoPro Hero9 Black kini RM200 lebih murah dalam tempoh terhad

GoPro perkenal bateri “Enduro” dan firmware baharu untuk selesaikan masalah panas Hero 10

28 October 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN